bendi yang dah boleh dipetik
rumput sama tinggi dengan pokok bendi
pokok tomato yang baru ditanam
capsicum, dah tua sangat pokoknya
cili
ni apa? limau purut
cili lagi..
kucai
kunyit
cekur
daun bawang yang kurus, tumpang cili
daun bawang tumpang tomato
hidup segan,mati tak mau... kangkung
Sejak 2 minggu lepas, sibuk mengalahkan menteri. Minggu lepas sibuk menyiapkan 'headcount' (hanya guru2 yg memahami istilah ini) untuk diberikan kepada ketua panitia. Rasa nak muntah tengok nombor2 ni.
Hujung minggu pulak ke pulau Langkawi bersama-sama koperator sekolah. Bestnya dapat
release tension kat sana. Walau berpuluh kali ke sana, rasa teruja tetap ada. Naik
cable car, masuk
underwaterworld, melawat makam mahsuri tetap meninggalkan kenangan manis. Tambah manis apabila ke Idaman Mahsuri dan Ismail
Group. terbang juga seratus dua membeli pinggan mangkuk, walaupun niat awal nak tengok aje..
Sepanjang minggu ini, menghadiri kursus pembangunan laman web. Semua sekolah di negeri Perlis wajib menyertai pertandingan laman web yang dianjurkan oleh JPN. Berpinar mata
webmaster sekolah untuk 'menganggunkan' lagi laman web kami.
Hari ini pula, ke Pusat Ko kurikulum, ada perkhemahan kadet polis. Pagi2 lagi dah ke sana untuk membantu menyediakan makan tengah hari. Tak lah susah pun, ada pelajar yang membantu, tapi kalau tidak ada guru yang memantau takkan jalannye.. Siap memasak, terus pula ke Bukit Air,
ex-student buat bbq pulak.Tak sampai hati kalau tak pergi kerana mereka menjemput dan masih mengingati guru lama ni..
Kebetulan pula hari ini jiran sebelah buat kenduri kesyukuran. Walaupun dah lewat sampai rumah, jemputan tetap dipenuhi. harap beliau memahami ...
Petang dah
relax sikit, teringat pula kebunku..wah, bendiku dan berbuah dan boleh dipetik. Lepas ni, tiap-tiap hari makan bendilah nampaknya..