Monday, November 16, 2009
Saturday, November 7, 2009
Akhirnya aku berjaya....
Minggu lepas, tension sangat. 5-7 Nov kena kursus ICT di Penang. 6 & 7 pula adalah majlis sembahyang hajat dan graduasi anak keduaku di MRSM. Serba salah dibuatnya. Kursus ini sgt penting kerana melibatkan peralatan ICT di sekolah yg menjadi tanggungjawabku sebagai penyelaras ICT sekolah. Majlis graduasi juga amat bermakna bagiku kerana anakku telah berjaya mencapai tahap yg melayakkan beliau untuk graduate. Dimaklumkan ada kawan2nya tidak dapat 'grad' kerana tidak mencapai tahap yg sepatutnya. Jika aku tidak menghadiri majlis ini tentu anakku akan sedih dan kecewa kerana kebanyakan ibu bapa kawan2nya hadir walaupun jauh...
Telahanku tepat, setelah dimaklumkan kepada anakku tentang kursus yang perlu ku hadiri, dia menangis teresak2. Dia tetap mahu aku menghadiri majlis graduasi ini. Aku memujuknya, ayah dan adiknya akan hadir, tapi mungkin disbbkan stress kerana SPM yang akan menjelma menyebabkan dia tidak dapat menerima alasan itu... Mama jd serba salah angah...
5 Nov aku tetap ke Penang menghadiri kursus kerana ini juga tanggungjawabku yang perlu aku langsaikan. Sepanjang perjalanan, aku ligat memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan mslh ini. Kursus tidak terlepas, majlis graduasi pun dapat ku hadiri..
Alhamdulillah, tuhan telah memudahkan urusanku. Di sana aku berjumpa dengan urusetia dan menceritakan mslahku. Dengan senang hati dia memberi pelepasan kepadaku, namun begitu, aku tetap risau dengan kursus, takut ada perkara yg aku tak dpt catch up. Timbul pulak mslah lain dikemudian hari...Allah Maha Besar, tidak semena2 muncul juruteknik sekolahku. Aku tidak tahu bhw dia juga hadir pada kursus itu. Ha a.. inilah peluangku, aku tidak akan terlepas apa2. Juruteknik yang baik itu berjanji akan menyampaikan semua maklumat kursus yang terpaksa aku tinggalkan. Aku hanya sempat menghadiri 2 slots sahaja. Dia juga yg menghantarku ke Hotel Flamingo, Batu Feringghi untuk menumpang bas peserta kursus DATA yang akan pulang ke Perlis pada hari Jumaat. Terima kasih Dzakri... Tuhan saja yang dapat membalas jasamu...
Aku sampai di Perlis jam 4.30 ptg. 6.00 ptg ke MRSM untuk majlis sembahyang hajat dan mohon restu. Hari ini pula, aku dapat menghadiri majlis Graduasi anakku . Syukur, Allah memudahkan semua urusanku. Akhirnya aku berjaya...
Apa yang mama buat adalah demi anak mama...Angah. Harap anak mama gembira dan dapat mencapai kejayaan gemilang dalam SPM nanti...
Kepada anak2ku yang lain, mama sayang kamu semua. Mama dan ayah sanggup berbuat apa shja demi anak2ku sayang. Hanya satu yang mama pinta, belajar rajin2 dan jadilah orang yang berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. .
Malam Sembahyang Hajat dan Mohon Restu MRSM
Monday, October 19, 2009
Sunday, October 4, 2009
Result Periksa Anak-anakku
Amir telah dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya. Dia dapat nombor 9/31. Bagiku pencapaiannya agak baik kerana sifatnya yang sangat manja. Aku tahu dia juga cerdik seperti kakak2 dan abangnya tetapi kerana dia anak bongsu, mama dan ayah selalu cair dengan setiap alasannya.... kami selalu bersikap 'tak apa' jika dia agak liat untuk mengulangkaji pelajarannya. Tapi, aku akan pastikan dia juga mendapat keputusan cemerlang seperti anak-anakku yang lain dalam peperiksaan seterusnya.... Amir pandai kan!!!!
Adam, anakku yang ketiga bersekolah di SMSTSP juga telah mendapat keputusan peperiksaannya. Dia mendapat nmbor 3 di dalam kelasnya dan mendapat nombor 5 dalam tingkatan. Adam sentiasa mengekalkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sejak di tahun 1 lagi. Tahniah abang! abang memang pandai. Mama bangga dengan pencapaian abang. Keep it up! Abang pun nak study kat oversea kan!!
Afiqah, anakku yang kedua bersekolah di MRSM, Beseri Perlis. Dia kini sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi SPM hujung tahun ini. Dia hanya mendapat 1A dlam 'trial' nya. Keputusan penuh belum kami terima. Mama yakin, angah pasti boleh buat dan akan mendapat keputusan cemerlang nanti. Dengan usaha yang telah angah buat, pasti kejayaan menanti angah. Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama. Jangan sesekali berputus asa kerana Tuhan akan memakbulkan doa orang yang telah berusaha tanpa jemu. Mama sayang angah!
Sheha, anak sulungku kini di Australia melanjutkan pelajarannya. Katanya, dia tengah sibuk menyiapkan assignmentnya. You can do it, my dear! Mama, ayah dan adik-adik sentiasa merindui along. Mama doakan kejayaan along. Missed u...
*x p sekolah hari ni, sbb nak melawat pusat pep PMR di SMKDSA, Arau, kul 9.00 nnti.

Thursday, October 1, 2009
Tragedi Padang, Sumatera Barat
Bulan Jun yang lalu, ketika cuti sekolah kami guru-guru SMKDJH telah pergi ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Ketika itu kami begitu teruja kerana inilah kali pertama menjejak kaki ke Indonesia. Pemandangannya tidah jauh berbeza dengan Malaysia, cuma rasanya kita 10 kali lebih maju berbanding mereka. Bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia. Malam pertama dan kedua kami menginap di Hotel Pusako, Bukit Tinggi. cantik dan agak selesa. Malam ketiga kami ke Padang dan menginap di Hotel Ambacang. 'Welcome drink'nya sungguh menyegarkan....masih segar dalam ingatan.
Tapi, semalam bumi Padang telah dilanda gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Padang dan menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk. Hotel Ambacang juga turut ranap.Terfikir... apa akan jadi jika kami masih di sana... syukur Tuhan masih memelihara kami..

Hotel Ambacang di belakang kami.. tinggal kenangan
Saturday, September 26, 2009
Sunday, September 13, 2009
Tema Baju Raya
Mulanya nak tema maroon, tapi rasa tak sanggup tengok ayah pakai warna tu, walaupun telah beli baju kurung maroon untuk 2 orang anak gadisku. Lalu, tukar warna coklat cair. Kelmarin, sabtu, kami pergi beli baju raya untuk 2 orang anak bujangku. Memikirkan mereka sudah besar, mereka dibenar memilih sendiri baju yang berkenan tetapi masih tema coklat cair. Si abang pilih warna yg hampir-hampir coklat tapi si adik tetap dengan pendiriannya, mahukan warna biru muda. Tidak masuk tema langsung.....jd tema tahun ni warna warni la.. tak apa la asal anak-anakku suka.. Mama sayang kamu semua!!!
Friday, September 11, 2009
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Wednesday, June 17, 2009
Saturday, May 23, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Sunday, April 26, 2009
Thursday, January 22, 2009
kami serupa..
Hari itu semakin hampir...
Perasaanku bercampur-baur. Bangga, gembira dan sedih silih berganti. Anak sulungku bakal pergi jauh..