Nufnang Ads

Wednesday, May 27, 2015

Hari Guru 2015

Warna-warni sambutan Hari Guru 2015 peringkat sekolah telah dilangsungkan pada 19 Mei 2015 yang lalu. Bertemakan guru membina ilmu menyempurnakan akhlak, pelbagai aktiviti di aturkan oleh pelajar2 tingkatan 6 rendah.

Bermula dengan perarakan masuk guru2, diikuti gimik dan nyayian lagu guru Malaysia.
Selepas itu acara sukaneka, pertandingan badminton diakhiri dengan persembahan guru dan pelajar.

Terima kasih AJK yang menjayakan haru guru 2015.

kek daripada YB Chuping


gimik...ala2 maria mariana
konon2 awie dan erra

juga sambutan hari lahir

guru penyayang



cikgu bedah pinjam kasut pelajar untuk acara sukneka


sesi bergambar di sudut yang disediakan

persembahan guru

Monday, May 25, 2015

CH

On the way nak Perlis selepas pick up Adam, kami sempat singgah kat CH pulak. Entahlah.. bagaikan ada magic apabila nampak signboard ke CH rasa macam terpanggil2 untuk singgah.

Kami cuma melawat ke ladang teh Boh Sungai Palas. Jalan masuk ke ladang ini agak scary. Sempit, bengkang bengkok dan bergaung lagi. Tapi Adam berjaya memandu dengan selamat pergi dan balik. Kalaulah ayahnya yang memandu tentu muka masam mencuka dah... 

Ladang ini dibuka dari jam 8.30 - 4.30 petang. Tutup hari Selasa.
Pemandangannya cantik, nyaman dan dingin sekali. Selepas minum teh kami bertolak mencari hotel untuk bermalam. 

Kami menginap di Hotel Jasmine kat Brinchang. Oleh kerana kami pergi pada hari Ahad banyak hotel yang kosong dan harga pun murah. Ada hotel yang diskaun 50%.

 Malangnya pada hari itu tidak ada pasar malam kat Brinchang. Pasar malam hanya ada pada hujung minggu pada hari biasa dan tiap2 malam pada cuti sekolah.







Sunday, May 24, 2015

PUTRAJAYA 11

Ronda-ronda Putrajaya sambil ambil my hero kat UNITEN. Dah habis pun foundation, lepas ni degree pulak. Balik cuti sat..

Nampaknya Adam dah khatam jalan2 kat Putrajaya dan Bangi ni. Senang ler kami nak jalan2.
Sempat la ke Wetland, Taman Cina (apatah nama betulnyer) dan bershoping di IOI City Mall.

Sempat juga ke pasar malam kat Masjid Sultan Mizan tu.. Nasi lemak kukus sepinggan RM5..huh