Nufnang Ads

Monday, November 3, 2014

putrajaya...

Assalamualaikum

Putrajaya, kami datang...
sebenarnya dah beberapa kali ke sini tapi tak sempat nak explore...
kali ini dek kerana sesat nak cari tasik cruise, menyebabkan kami round hampir sebahagian putrajaya.
kagumnya saya dengan bangunan yang cantik2 dan unik sekali.
betapa hebat idea Tun M untuk membangunkan putrajaya hampir sedekad yang lalu.
wah, sesungguhnya beliau mempunyai visi yang tak terjangkau dek fikiran orang lain pada waktu itu.
tidak heranlah ramai yang membantah pada awal pembangunannya.
tapi kini, ada yang nak rampas putrajaya.... politik la pulak..

Saya suka putrajaya
tenang, indah, bangunan cantik, redup, aman
sempat juga naik tasik cruise.
walaupun harga tiket agak mahal tapi berbaloi.
for malaysian, ada discount.
student, senior citizen dan kakitangan kerajaan ada discount special.

sayangnya pada petang tu hujan lebat menyebabkan kami terpaksa postpone 
ke pagi esok untuk naik cruise.
jadinya, bergaya sakan semasa naik cruise kerana lepas tu kami akan ke kenduri Dr Awa & Mukhlis di Dewan Infra.

Sepanjang pelayaran kita boleh lihat pemandangan yang sangat indah
boleh nampak bangunan2 kerajaan yang unik dan yang pastinya
rekabentuknya berlainan antara satu sama lain.

pelayaran ini mengambil masa lebih kurang 40 min hingga 1 jam.

Insyaallah
 saya akan datang lagi untuk melawat taman2 yang ada di putrajaya












bergambar bersama kapten cruise



Sunday, November 2, 2014

Rumah Transit Putrajaya

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita mengenai salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi kakitangan awam iaitu rumah penginapan persekutuan atau RPP. Sesuai untuk kakitangan awam yang gaji tak berapa tinggi tetapi sangat suka melancong, macam kami.
Kami ke sini pada cuti maal hijrah yang lalu kerana ada kenduri anak sedara di Bangi.

Salah satu tempat yang ada kemudahan ini ialah di Putrajaya yang dipanggil rumah transit. Ada apartmen dan juga bilik. Sewanya sangat berbaloi, rasanya semua orang mampu..

Walaupun begitu, aparmentnya tip top, ada tiga bilik fully furnish, tv, peti ais dan seterika serta kettle. Cukup le kan untuk orang bermusafir..

2 bilik air yang bersih, sofa dan meja makan yang selesa serta ruang dapur yang luas. Boleh main masak2 kalau mahu..

Kadar sewanya hanya RM70 semalam. Berbaloi kannn.. Mana ada harga macam ni kalau tempat lain. Homestay paling lekeh pun RM150, itupun belum tentu tahap kebersihannya.

Ramai kakitangan awam tidak tahu akan kewujudan kemudahan penginapan sebegini. Sebenarnya, banyak lagi tempat yang ada RPP ini. Untuk mengetahui lebih lanjut RPP atau RP boleh ke website 

atau untuk rumah transit Putrajaya boleh ke sini

Alamat tel rumah transit Putrajaya
Zon 6B,
Jalan P11j,
Presint 11,
62000 Putrajaya

Tel: 03-8880015









bilik ketiga, 
bilik kedua tidak sempat ambil gambar 
kerana anak2 dah kecah barang2 mereka

meja makan


bilik utama




bili air yang bersih
Jenis Unit dan Kadar sewa tertakluk kepada gred kakitangan awam tersebut, tetapi semua peringkat layak menggunakan kemudahan ini. Boleh check kat bawah untuk mengetahui kelayakan anda untuk menyewa rumah transit putrajaya.

Jenis Unit
Kelayakan
Jumlah Unit
Kadar (Semalam)
Semua
21
RM 70.00
Gred 48 Ke Atas
1
RM 150.00
Semua
2
RM 30.00
Semua
2
RM 30.00
Semua
4
RM 20.00
Semua
4
RM 20.00


Anda boleh menempah secara online di website seperti dinyatakan di atas.

Selamat melancong..