Nufnang Ads

Monday, October 27, 2014

LRK 2014.....go smkdjh go

Pada  16 Okt 2014 yang lalu team editor video smkdjh telah dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah LRK 2014 peringkat zon utara di Sunway Hotel Penang.

Pelajar2 ini telah menyertai  pertandingan membuat video pendek  bertema jalur lebar untuk pendidikan yang dianjurkan oleh SKMM.

Kami hanya dijemput ke majlis ini tetapi tidak dimaklumkan mendapt tempat keberapa. Nama tersenarai sudah cukup bagi saya kerana kami dari sekolah luar bandar. Kami  juga tidak ada peralatan atau gajet canggih untuk menghasilkan video yang bermutu.

Saya pinjamkan Nikon D90 saya untuk shooting. Edit pun pakai notebook 1 Malaysia jer...

Dari gerak hati sudah dapt saya rasakan dan tekaan saya tepat. Kami hanya mampu mendapt tempat ke 5 . Pelajar2 mendapt sijil penyertaan dan wang tunai RM500.

Syukur....
sekurang2nya kami dapt pengalaman yang tidak dapt dibeli dengan wang ringgit.

Walaupun begitu, saya amat berbangga dengan 4 hero smkdjh yang mampu mencatat nama dlm senarai SKMM.

Insyaallah kami akan masuk lagi tahun hadapan. 

Go smkdjh go...










Tahniah Ikmal, Irwan, Badrul Iqmal...
Cikgu sangat berbangga dengan kamu semua...

Terima kasih buat Ikmal yang belanja tengok movie. Dracula Untold...best juga sebab dah berkurun tak masuk panggung...

UPDATE KEBUN

Kebun sekangkang kera di belakang rumah.

 Berkebun adalah salah satu hobi yang paling saya suka dan sentiasa bersemangat untuk melakukannya. Dah banyak juga hasil yang saya dapat. Ada serai, daun pandan, limau nipis, limau kasturi, lemon, daun kari, kunyit, cili padi, ubi kayu dan banyak lagiiiii...


Bestnyer apabila melihat pokok2 berbuah lebat..hilang penat, rasa tenang dan puas sekali..

Jom tengok sebahagian pokok2 saya...

 
Gajus
pemberian rakan lama..terima kasih Jariah
Ubi  kayu

Manggis

Pisang awak...nanti boleh buat pisang goreng
pisang goreng  @ goreng pisang?

Tersembul dah....



Nangka madu
baru belajar berbuah..

Diam2 ubi berisi..
sapa2 nak mai ambik...

Kedondong

Rendah jer pokoknya

Lemon...


Belimbing buluh
masak lemak cili padi
Sodap...

Sunday, October 26, 2014

Teratai Putih, Padang Besar

Satu lagi entri promosi percuma.....


Acara makan2 tak mungkin dapat dipisahkan dgn kita...walaupun berulang kali bertekad untuk diet..hancuss

Kali ini kisah mengenai sebuah restoran yg terkenal di Perlis khasnya area padang besar. Rasanya ramai dah pernah cuba..

Terletak agak tersorok, agak jauh dari jalan utama. Namun ada banner tunjuk arah di tepi jalan utama..

Lanskap yang agak menarik, byk tumbuhan hijau membuatkan kawasannya redup dan nyaman.

Restoran ini menyediakan pelbagai menu, kebanyakannya ala Thai..nak kata sedap sangat tak la juga...bagi saya ok jer...

Cumanya, restoran ini sering menjadi pilihan orang Perlis mengadakan jamuan @ dinner .. ramai juga orang Kedah sering buat majlis kat sini...mungkin ada yang istimewa.

Selain itu, ada disediakan hotel dan bilik2 untuk pelancong. Tak pasti pulak ttg harga..

Meh tengok menu yang kami makan..


ayam goreng cili kering
sosnys terlalu pekat, kalau cair dan ringan sikit mesti best...

kailan ikan masin

Telur dadar


Yang ini best...tom yam campur

Bnyk ruang makan disediakan



Menarik...

Saturday, October 25, 2014

Susu segar dari ladang

Pernahkah anda minum susu segar yang diperah terus dari lembu? Dulu2 masa di kampung selalu juga saya minum. Selepas diperah tak boleh minum terus. Aruah ibu akan masak sebentar atas api dan ditambah dengan sedikit garam.

Nyamannya bila minum suam2, kadang-kadang kami makan bersama pulut kukus. Sedappp...
itu cerita  zaman 70an. Sekarang yang tinggal hanya kenangan..

Tapi, baru-baru ini, suami membawa balik sebungkus susu segar pemberian rakannya. Susu ini dah  diproses dan boleh diminum terus.

Nikmatnya, terima kasih kepada sipemberi...semoga murah rezeki..


Wednesday, October 22, 2014

Beribu2 lemon

Sabar menunggu, akhirnya dia muncul juga. Rasa teruja seolah2 menunggu anak sulung. Pokoknya sangat subur merimbun, tapi yang ditunggu2 tak muncul2. Sehinggalah hari ini, baru saya sedar sudah ada yang besar, comel sangattt.... ada pulak beberapa adik beradiknya yang masih kecil. Harap2 dia membesar dengan sihatnya.

Al kisahnya, saya membelinya di Cameron Highland lebih 3 tahun yang lalu. Ramai yang melarang kononnya dia tak sesuai dengan kehidupan di bawah. Tapi saya tetap degil, belum cuba belum tahu bro....

Saya sentiasa menjaga dan membelainya dengan penuh kasih sayang, selalu bercakap dan bertanya khabar....akhirnya dia membuahkan hasil seperti yang saya harapkan...

Alhamdulillah, semoga terus subur dan menghasilkan beribu2 lemon...

Berbunga light purple..

Kembang setaman...

Berputik.....


Cantiknyer posing...

Nin dia pokoknyer....



Selatan Thai

Sati lagi entri tertunggak, dah lebih sebulan yang lalu saya ke selatan Thailand. Mood untuk update blog ada pasang surutnya.. selalu surut je memanjang...

Apabila dibelek2 gambar dalam hp, macam best jer nak share lawatan setengah hari ni. 

Pelawaan dari rakan sekerja yang setiap minggu berkunjung ke sana buat saya teruja untuk ikut serta. Kawan saya ni dah macam rutin  ke Thailand setiap minggu untuk membeli keperluan dapur. Selalunya mereka akan pergi sekeluarga atau bersama teman2 untuk makan2 dan shopping atau sekadar ronda2. dekat je pung... tak sampai haadyai

Kami ke sana melalui Wang Klian. Selepas cop border pass singgah sebentar di nat Wang Klian untuk membeli ayam goreng dan minuman sebagai alas perut.

Perjalanan diteruskan ke Tesco Lotus, rasanya lebih kurang 30 minit je dari Wang Klian. Saja2 nak tengok Tesco diorang. Sama je dengan kita tetapi yang paling saya kagum mengenai food courtnya. Bersih sekali tak macam Tesco Mergong di Alor Setar  tu. Tiada pinggan mangkuk kotor atas meja, semuanya bersih dan kemas. Di sini kebanyakan penjual makanan adalah muslim kerana selatan Thai majoritinya penduduk Islam.

Kami order bihun sup dan kerabu mangga. Sedap sangat. mereka ni tak kedekut, satu paha ayam dalam bihun sup tu.. dan kerabunya sangatlah lazat.

Saya tercari2 tempat sudu, maklumlah semuanya ditulis siam. Rupa2nya tempat sudunya sangat special. Sudu, garfu dan chopstick diletak berasingan di tempat yang sangat bersih. Satu bekas air panas disediakan bersama peralatan tersebut. Tujuannya supaya kita boleh mencelup sudu dan garfu ke dalam air panas sekali lagi untuk memastikan kebersihannya.

Ada ker Tesco di Malaysia yang buat macam tu? saya tak pasti kerana tidak pernah menjelajah ke semua Tesco di Malaysia, yang pasti di Alor Setar dan Sg Petani tak ada ler..
Tandas pun tip top..bersih, wangi dan sentiasa kering. Selesa sangat..

Selepas menjamu selera kami pusing2 dalam Tesco, tak banyak beli sekadar menjamu mata..



Seterusnya kami ke Makro yang terletak di Chalung lebih kurang 15 minit dari Tesco. Ada lagi ke Makro kat Malaysia? Dulu2 tu ada kat Cheras kannn... Sama juga sekadar pusing2 dan shopping sikit2. Harga barangan di sini jauh lebih murah berbanding tempat kita.

Saya sempat membeli balang kaca untuk mengisi kerepek dengan harga tak sampai RM10 sedangkan sebelum itu saya sudah membeli di Yawata Jitra dengan harga RM21.90.

Sebelum balik kawan mengajak makan di sebuah kedai yang selalu dikunjunginya, katanya ayam panggangnya sedapppp namun hari tu tutup pulak. Tak ada rezeki...

Itu jer tempat yang kami pergi hari tu... 





350 baht = RM3.50 sepinggan

bersih, lantai berkilat..





tengok tu... ada sebekas air panas
habuan nak celup sudu & garfu











22 baht = RM2.20

nampak tu..tulis siam