Nufnang Ads

Monday, July 21, 2014

Jom minum bersama...

Jom minum bersama YAB Menteri Besar Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng.
Sebenarnya gambar ini dah lama ambil di Made In Penang Interactive Museum. Nampak macam menarik .. so post je sebagai kenang-kenangan. Banyak lagi gambar2 menarik di muzium ni. Sila google untuk mengetahui lebih lanjut..


Sunday, July 13, 2014

Suatu petang di kangar 2

Cerita lama berulang kembali. Jalan cerita sama sebijik macam tahun lepas, bezanya tahun ini hanya bertiga. Tahun lepas masih ada sibongsu...Kalau tak faham apa ceritanya, sila rujuk di sini...

menu hari ini, nasi bryani, ayam masak merah, daging rebus, air asam kerisik dan kangkung gereng belacan
ada ka orang makan nasi bryani dengan kangkung belacan? boleh je...

Monday, July 7, 2014

Iftar @ Jenan

Sabtu lepas saya suami isteri berbuka puasa di SMSAH atau lebih famous orang sebut Jenan. Ibu bapa dijemput ke sekolah untuk berbuka puasa bersama anak-anak mereka. Ala2 berkelah gitu.. masing2 bawa makanan, bentang tikar di dataran ilmu dan berbuka puasa beramai2. Menurut pihak sekolah, aktiviti ini diadakan disetiap tahun bagi menggembirakan anak2 yang sepenuhnya tinggal di asrama.

Hari tu, saya masak awal2 lagi, Amir minta kari ikan dan sambal udang petai. Itulah makanan kegemarannya selain ayam.

Seawal 6.15 petang kami dah sampai di perkarangan sekolah. Amir yang beria2 suruh kami sampai awal sebab takut tak cukup tempat. Betullah... ramai ibubapa dah sampai, siap2 bentang tikar, hampir penuh dataran ilmu tu. Nampaknya ibubapa sekarang begitu mengambil berat hal anak2 sebab tu mereka sanggup datang walaupun ada yang tinggal jauh...

Saya dapat seorang anak angkat yang comel, Izwan. Ibubapanya tidak dapat hadir kerana tugas, jadi Amir ajak dia makan bersama2 kami. 

Dari makluman pihak sekolah seramai lebih 500 keluarga yang datang, hanya 100 lebih yang tidak dapat hadir. Pasti sedih anak2 tu kannn... tapi pihak sekolah telah menyediakan makan special untuk mereka...

Ini adalah pengalaman pertama kami, seronok sangattt tengok muka anak2 begitu ceria melihat ibubapa datang membawa makanan kegemaran mereka. Ada yang siap bawa dapur portable lagi...kelasss gitu






penuh...


semangat setiakawan..
Amir tak pandai pakai sampin, Izwan tolong...

Wednesday, July 2, 2014

UK pulak??

Wahhh UK pulak??? Adam baru menerima emel dari JPA yang menawarkan biasiswa dalam bidang kejuruteraan di UK. Sebelum ni US (TNB) dan German (MARA). Pening juga ya Adam, kalau diberi pilihan. Susah nak decide mana yang terbaik. Walaupun kini dia sudah menerima tawaran TNB dan sedang belajar di UNITEN, sedikit sebanyak tawaran ini mengganggu emosinya...mengapa tawaran ini datang begitu lewat. Second intake agaknya kerana keputusan semakan sebelum ini dia gagal...

Lagi sekali mama harap abang fikirlah semasak2nya, tanya pendapat rakan2 atau pensyarah...syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.. berdoalah padaNya semoga ditunjukkan mana yang terbaik untuk abang..Mama dan ayah menerima apa saja keputusan abang kerana mama tahu kemampuan anak mama..


* Ada dakwaan sesetengah pihak mengatakan jika dapat tawaran dari MARA, JPA tak akan panggil lagi . Tapi ia berlaku sebaliknya.. Adam dapat kedua2 tawaran MARA & JPA. Jadi kepada calon2 SPM akan datang jangan ragu dan risau untuk memohon biasiswa dari kedua2 badan ini. Anda berpeluang mendapat kedua2nya jika anda cemerlang.