Nufnang Ads

Thursday, May 29, 2014

Warna-warni SUKMA PERLIS

Jom ramai2 kita ke SUKMA PERLIS 2014. Sama2 kita memberi sokongan kepada penganjur terutama rakyat negeri Perlis.
Walaupun pelbagai isu yang timbul, diharapkan temasya sukan dwitahunan berjalan lancar di negeri Indera Kayangan ini.
Diharapkan semua petugas & atlet bertanding dengan penuh semangat kesukanan.
Maafkanlah kerajaan, MSN Perlis, petugas dan rakyat negeri Perlis andai ada kelemahan dan kekurangan.
Jangan lupa untuk menikmati harum manis dengan pulut sibaq. Shopping pulak di Wang Klian & Padang Besar. Mesti enjoy punyaaa...

Monday, May 26, 2014

Buah naga akan kembali

Nampaknya musim buah naga akan kembali. Bunga2nya tengah mekar berkembang. Subhanallah, cantiknya..
Ini bermakna tak lama lagi terhasillah buahnya yang merah dan lazat itu..
Lepas ni pula,  kita akan fikirkan resepi puding dan jus buah naga yang sedap..

Sunday, May 25, 2014

Jeruk ekpress

Saya adalah penggemar jeruk, tidak kira buah apa, asal dijerukkan saya pasti suka. Kalau ke Penang, mesti saya akan beli jeruk Pak Ali sebagai bahan kudapan. Tapi, kadang2 makan jeruk yang diberi sering tersedak dan batuk2. Rasa terlalu berasid.. kalau sesiapa ada asthma, jangan la makan jeruk beli..

 Berikut cara2 nak buat jeruk segera, mudah, sedap dan tidak berasid..
Jom cuba..
Saya belajar cara nak buat dari seorang ustazah pada masa saya mula2 posting dulu2, 
26 tahun yang lalu..

saya guna pelam sala yang mengkal
basuh dan kupas kulit
tak mau yang masak

potong, saiz ikut suka

masukkan dalam tuppeware bertutup
taburkan garam secukup rasa

masukkan gula, 
sukatan gula ikut banyak mana buah
pandai2 ejas...


tutup tupperware
goncangkan tupperware tu, 
biar gula dan garam serata
masukkan dalam peti sejuk semalaman



keesokannya dan boleh makan
senangkan...









US vs GERMANY

Alhamdulillah..
US dapat, Germany pun dapat
Dia sudah ada pilihan...

*Tunggu kupasan mama..

Monday, May 19, 2014

Rezeki malam2

Rezeki malam tadi. Alkisahnya, petang semalam seorang teman sekerja menjemput makan pulut harum manis. Sayangnya saya ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, rezeki saya masih ada. Suami kepada teman tersebut telah bersusah payah menghantar 2 bungkus pulut harum manis ke rumah. Terima kasih banyak2.

Sedapnya.. Pada masa ini harum manis dah hampir ke penghujungnya. Pulut lemak dimakan bersama harum manis adalah menu special negeri Perlis.
 Marilah cuba...



Sunday, May 18, 2014

Tak dapat Germany, US pun ok...

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana Allah menjawab doa kami sekeluarga. Kau Maha Mengetahui dan Maha Memberi ya Allah. Terima kasih..

 My hero, Adam Fahmi yang sejak kecil bercita2 melanjutkan pelajaran keluar negara akhirnya mendapat tawaran yang ditunggu2 awal pagi semalam. Dia mendapat tawaran biasiswa penuh dari TNB untuk melanjutkan pelajaran ke US. Sebelum tu kena buat persediaan di UNITEN terlebih dahulu.

Ingat tak lagi entri saya stranded at BBB? Interview pertama yang dia dapat di UNITEN. TNB ni very strict, calon kena hadiri educamp selama 3 hari, sesiapa yang layak akan senaraipendek untuk interview, berjaya interview baru dapat..difahamkan 150 orang dipanggil untuk educamp, hanya 70 layak diinterview dan akhirnya lebih kurang 20 orang sahaja yang terpilih. Tahniah Adam Fahmi kerana melepasi dengan jayanya setiap cabaran!

Walaupun begitu, sedari awal Adam berminat untuk ke Germany, tapi rezekinya di US. Nevermind Adam, jangan kecewa mungkin peringkat master atau PHD boleh ke sana pula, atau sekurang2nya boleh pergi makan angin ke Germany..jangan lupa bawa mama sama ya..

Dalam pada itu, masih ada 2 peluang kerana MARA dan JPA belum keluar result lagi, harapan masih ada untuk ke Germany..berdoalah.. Setiap solat, mama hanya berdoa semoga diberi yang terbaik untuk abang.. mungkin US adalah yang terbaik untuk abang. Allah mempunyai perancangannya yang tersendiri..bersyukurlah..

* Ini adalah satu sebab saya tak sabar menanti Mei
* ada lagi satu persoalan yang belum terjawab..

Sunday, May 4, 2014

Laksa Kuala Perlis

Laksa dan Kuala Perlis tidak mungkin dipisahkan...begitulah eratnya persahabatan mereka..Kepada penggemar laksa anda boleh cuba laksa Kak Su yang terletak di deretan kedai yang agak tersorok berhampiran Maybank Kuala Perlis. Lebih tepat lagi di hujung lorong Lynda Ikan Bakar yang kat pekan bukan yang tepi pantai tu..

Orang Perlis pun suka makan kat sini, sebabnya laksa dihidang bersama pulut udang. Lain dari yang lain.. rasanya tentulah lebih sedap...Harga sepinggan RM3.00 untuk biasa punya dan RM4.00 untuk special. Pulut udang pula RM1=3 Kuahnya pekat dan secukup rasa. Saya rekomen makanan di sini  berbanding tepi laut tu.. entah apa2..

Di sini selalunya full house, tmbah2 waktu cuti. tak ada tempat duduk...berebut2 orang nak makan laksa
tentu Kak Su ni dah kaya raya kan...

Ramai blogger baik hati yang tolong buat promosi percuma pulak tu..
bertambah la rezeki dia..
ni la kedainya..

sepinggan RM3 + 1 pulut udang

penuh..

Saturday, May 3, 2014

Pulut sibaq dengan harum manis

April hingga Jun adalah musim harum manis di Perlis. Kepada sesiapa yang kurang arif, harum manis adalah sejenis mempelam ye..
Kononnya harum manis hanya menjadi di negeri Perlis sahaja ( saya petik statement dari radio Perlis fm). Faktor cuaca yang menyebabkan harum manis hidup subur di Negeri Kayangan ini. Perlis ada 'winter wind' sekitar Feb di mana ketika itu harum manis galak berbunga.
Harga sekilo pada masa kini sekitar RM15-23. Mahal gila kan... 2 @ 3 biji dah melebihi sekilo..Rasanya memang sedap, manis dan berbau harum. Orang Perlis suka makan bersama pulut sibaq ..sedapppp..
Bagi saya, tak ler sedap mana pun .. Tetapi buah ini bermusim dan susah nak dapat serta harganya yang  mahal menyebabkan orang ramai berebut2 nak mencuba..
Di tempat kerja ramai juga kawan2 yang jadi supplier harum manis ni...memandangkan minggu ini cuti panjang dan anak2 semua balik saya membeli 2 kilo dengan harga RM40. Pagi ini dengan gigihnya saya membuat pulut sibaq untuk digandingkan dengan mempelam mahal ni...
Secara peribadi saya lebih suka makan begitu sahaja .pulut makan dengan ayam lagi sedap berbanding harum manis...
Kepada pelancong2 jangan tertipu dengan peniaga2 yang tamak di sepanjang jalan di Perlis ni. Study sikit tentang harum manis sebelum anda membelinya.. Ramai dah yang terkena.. Berhati2...

Thursday, May 1, 2014

Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kelantan

Pada 25-27 April 2014 yang lalu, saya berpeluang mengikuti rombongan Kelab Pelancongan SMKDJH ke Ke Terengganu dan Kelantan. Banyak tempat-tempat menarik di kedua2 negeri telah kami lawati. Namun begitu tempat yang paling terkesan di hati ialah kunjungan ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan. Bukan mudah nak melawat tempat begini kecuali dengan rombongan kan...

Sebenarnya kami ke sini kerana mendapat sponsor makan tengah hari oleh YAB menteri Besar. Terima kasih atas layanan yang superb dan makanan yang enak. 

Saya tidak melepaskan peluang melawat ke setiap sudut rumah. Kediaman ini hanya dijadikan tempat menerima tetamu sahaja kerana sejak Tok Guru menjadi menteri besar, beliau tidak tinggal di sini. Begitu juga dengan Menteri Besar sekarang.

Rumah agam yang besar dan luas ini lengkap dengan bilik mesyuarat, ruang tamu yang boleh dijadikan ruang bersolat, surau dan dapur yang cantik. 

Terima kasih YAB...