Nufnang Ads

Thursday, November 28, 2013

Pie Ayam

Pie maker telah digunakan dgn rasminya hari ini. Angah & along buat pie ayam. Intinya macam inti karipap. Kulit pula beli kat tesco yang dah siap. Mudah dan cepat.. Mai tengok hasil percubaan pertama..

Monday, November 25, 2013

Ole2 dari Perth - Pie maker

Ole2 pemberian anak gadis saya yang baru pulang dari Perth. Terima kasih along! Dah lama mengidam nak pie maker ni.

Nampaknya bertambah lagi koleksi gajet dapur saya. Ni lah penangan selalu sangat baca blog masak2. Terikut2 jadinya...bila nak rasmi? Kena google resepi dulu...nanti kita tayang hasilnya..

Tuesday, November 19, 2013

Sofa untuk dijual..

 Ada ke sesiapa yang teringin nak tukar sofa? Saya nak jual... 3+1+1+ meja kopi. sengkek sangat ke sampai nak jual sofa.. idak le.. saya nak clearkan ruangan ni. Nak lebih lapang, ada plan baru..

Condition sofa masih A, masih cantik, tidak terjejas pun kat mana2. Sebabnya ruang ini kami jarang guna.  Sebagai pameran je sofa ni. Baru lagi saya beli..saiznya yang agak besar menyebabkan ruang ini sesak, sebab tulah saya nak jual.

Bentuknya sangat cantik, ada curve, duduk pun selesa dan warnanya kelabu senang nak match dengan perabot2 lain. Paling saya suka adalah meja kopinya yang unik, dua tingkat dan curve di tengah-tengah . kakinya beroda, senang nak ubah ke mana2.

Harga???? nanti dulu... kalau minat nak beli saya tak sediakan pengangkutan ye.... Kena ambil sendiri. di jamin harganya berpatutan..tak rugi beli. Bawah RM1000. masih boleh dirunding...

Sesiapa yang berminat boleh email ke zaharah60378@yahoo.com atau tel 012 4767331
lokasi rumah saya di Kuala Nerang, Kedah. Rasanya sesuai untuk orang Kedah dan Perlis, tak dak hal kalau orang luar jika berminat..




3 seater

single


meja kaca yang cantik

kaki beroda..

Wednesday, November 13, 2013

Sibongsu telah membuktikan..

Sudah lama tidak update blog ini, alasannya sibukk.. hujung2 tahun gini biasalah cikgu2 semua sibuk, marking paper, isi markah, PBS, SAPS, kemaskini fail dan entah mcm2 lagi..

Tapi hari ini, rasa lega yang teramat sangat, bahagianya seorang ibu apabila anak yang sangat dimanjakan telah membuktikan kebolehan dan keupayaannya. Amir telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepadaMU yang Allah atas rezeki ini. 

Kejayaan yang dicipta ini bukan mudah, ia adalah hasil usaha gigih guru2, kerja keras para pelajar, doa ibu bapa serta mendapat keizinan daripadaNya. 

Terima kasih  tidak terhingga kepada guru2 SK Oran, terutama guru2 Tahun 6 yang berusaha tanpa mengenal erti penat bagi memastikan kejayaan pelajar2 mereka. Kelas tambahan diadakan petang, malam dan juga pada hari minggu, malahan cuti umum pun kelas tambahan tetap 'on'. Kagum sangat dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru2 SKO. Kadang kala terfikir, tak penat ka cikgu2 ni...

Tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK Oran yang sentiasa turun padang bagi memastikan setiap aktiviti berjalan lancar.  Terima kasih cikgu!

Tahniah Amir!, walaupun anak bongsu dia tetap fokus untuk membuktikan dia juga cemerlang seperti kakak2 dan abangnya...Alhamdulillah. 

Tahniah juga kepada 7 pelajar lain yang mencipta kecemerlangan seterusnya menjadi kebanggaan SKO.

Kepada ibubapa dan para pelajar yang kurang berjaya, harap jangan berputus asa, teruskan usaha kerana ini hanya permulaan, bukan penamat kepada kejayaan.


kebanggaan SKO

jiran prihatin, dia tumpang gembira atas kejayaan Amir

menangis teresak2, mungkin dia tidak sangka..

bersama rakan yang juga 5A...