Nufnang Ads

Friday, October 25, 2013

Indahnya di kampung

Sudah menjadi rutin hari cuti, saya akan berbasikal mengelilingi kampung kononnya untuk excercise. Tapi tak kurus2 pun. Selain bersenam, saya suka sekali menikmati pemandangan di sepanjang jalan, lebih2 lagi diawal pagi. Saya ikut jalan bendang kerana tak sibuk dengan kenderaan.  Kehijauan anak padi yang mula subur memukau pandangan. 

Di samping itu, kelihatan bangau2 sedang mencari makanan di celahan anak padi, mungkin anak2 ikan. Bangau ini selalu dalam kumpulan, putih dan hitam. Sayangnya ia akan terbang jika kita mendekatinya..







Monday, October 7, 2013

Cili api siput sedut & nenas

Sejak bulan puasa lepas si bongsu minta masak lemak cili api siput sedut, tapi tiap kali ke nat atau market tak ada pula sisiput ni. Agaknya ada musim2 tertentu saja siput ini muncul.

Hari minggu lepas, ada pula siput ni di nat pokok getah. RM8 sekilo. Saya hanya beli setengah kilo je..Seperti biasa saya akan masak ikut resepi sendiri walaupun sibongsu siap buka buku 1hari 1resepi karya chef Hanieliza.

Resepi saya sama dengan masak lemak cili api ketam dengan nenas. Resepi kat SINI. Siap masak, masuk dalam tupperware untuk berkelah di SMSTSP. Hampir setiap minggu kami berkelah di sana kerana menjengok anak ketiga yang sedang bertungkus lumus study untuk menghadapi SPM tahun ini.

Sejak  lebih 10 tahun lalu, inilah rutin kami setiap minggu. Dulu si sulung juga belajar di sini, diikuti oleh angah di MRSM Beseri, kemudian yang ketiga pula di sini. Entah2 tahun depan si bongsu pula tinggal di asrama. bersambung lagi rutin kami berkelah di padang sekolah setiap minggu.


RM10 beli kat nat pokok getah...