Nufnang Ads

Monday, September 30, 2013

Belimbing buluh... puas hati

Setelah sekian lama, akhirnya pokok belimbing buluh ini telah lebat berbuah. Itu pun setelah puas bercakap dan memujuk, barulah ia mula berbuah...buah sulong dulu hanya beberapa biji, tapi sekarang hambek kau, tak habis makan, puas hati. Rezeki juga untuk rakan tetangga. Alhamdulillah..


inilah hasilnya...

pokok rendah, mudah nak petik hasil



lebat...


buahnya besar2 dan segar..

Wednesday, September 25, 2013

3H2M @ Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Kursus lagi..kali ini sejengkal je dari rumah iaitu di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Memandangkan pihak penganjur menyediakan penginapan, di hotel pulak tu, saya mengambil keputusan untuk bermalam di sini walaupun boleh je kalau nak berulang alik.

Hotel ini dekat dengan jeti Kuala Perlis. Depannya pula medan ikan bakar. Untuk pelancong luar memang sesuai.. view dari tingkat atas boleh nampak laut yang terbentang luas..

Biliknya ok, variasi makanan agak terhad. Mungkin juga sebab budget kut..Tak pasti pula tentang harga kerana semua fully sponsored...

Address: Kuala Perlis, Perlis, Malaysia
Phone: +60 4-9855900


sumber: BTPN Perlis









Sunday, September 22, 2013

Air Panas Ulu Legong

Pada Cuti Hari Malaysia yang lalu, kami sekeluarga berpeluang ke Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah. Frist time ke sini, lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Perlis. Air panas ini dibuka 24 jam. Lebih ramai orang pada waktu malam, siang macam mana nak berendam, panasss.

Tiket RM6.00 seorang. Dalam kawasan air panas ini banyak chalet penginapan disediakan, tapi kena tempah dulu. Di kawasan berhampiran juga banyak homestay dengan harga berpatutan. tak perlu risau.. Kami duduk dihomestay Kg. Keda. Tuan punya homestay tolong beli tiket masuk dapat la diskaun RM2 seorang..

Airnya memang panas... ada banyak kolam dengan darjah kepanasannya berbeza. Entah2 depa pasang heater..tak lah, menurut sejarah tempat ini memang kolam air panas semulajadi...  

Untuk Keterangan lanjut email:webmaster@mdbalingtourism.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:604-4721468, 013-4720255






breakfast disediakan oleh homestay







singgah berkelah di Sungai Angkat
berdekatan dengan air panas tu..

airnya jerneh dan sangat sejuk














Saturday, September 7, 2013

Mission uncomplete..

Hari ini sekali lagi kami ke Wang Kelian. Misi saya mencari kuali besar sebabnya pada hari raya yang lalu saya terpaksa pinjam kuali kakak ipar untuk menggoreng mee. Maklumlah kuali yang ada semuanya kiut miut  muat untuk goreng sebungkus mee je..anak2 perempuan saya dah complain minta dibeli kuali yang lebih besar supaya mudah kerja depa...

Saya memang suka bab membeli belah ni... sebenarnya kami tidak rancang untuk ke sini. Memandang sibongsu ada kelas sampai petang ( pecutan UPSR ), jadi kami mengambil peluang sepenuhnya untuk shopping kat sini. Biasalah kalau bawa Amir, dia cepat bosan, mula la nak tension, pastu tarik muka masam, habis lari mood kita...

Hari ini tak ramai orang, tenang je.. cuaca pun sangat baik. Mungkin sebab baru je raya, budget semua lari, jadi tak ramai yang datang berfoya2 kat Wang Kelian ini. 

Untuk pengetahuan kepada yang tak pernah datang sini, orang ramai bebas keluar masuk pintu sempadan untuk ke Wang kelian tanpa paspot atau border pass pada setiap hari Sabtu dan Ahad, hari lain tak boleh tau...

Saya pun memulakan misi mencari kuali...dengan confiden saya membeli kuali saiz 20 (w/pun saya perasan kuali kakak ipar saiz 18). Saya ambik yang besar sikit le.. mana boleh kalah, manakala suami beria2 mahukan saiz 22 atau 24. Lagi besar lagi bagus katanya. Sebenarnya saya nak yang boleh muat goreng 2 @ 3 bungkus mee je.. tak mau le yang besar sangat. lagipun saya dah ada satu yang agak besar . 

Dah ada kuali, saya beli juga sebiji periuk yang agak besar. Senang nak buat bihun sup atau mee kari.. ye le tu.. Sebab dah selalu sangat  ke sini, minat membeli benda2 lain agak kurang kecuali yang telah diset awal2. Selesai semua kami pun balik dengan senang hati.

Sampai je di rumah, saya terpandang kuali lama yang tergantung cantik kat dapur, aishh macam sama besar je.. cepat2 saya turunkan dan ukur dengan yang baru beli. Sah, sama besar! sia2 misi saya hari ini..jangan2 periuk pun sama besar juga... tak mau tengok lagiiii...















Thursday, September 5, 2013

Sekadar Renungan....

Lirik lagu yang telah diubahsuai... saya copy dari facebook
sekadar renungan bersama.. tidak mengiya mahupun menidak.....
realitinya ...semua kerja ada cabaran....

Sunday, September 1, 2013

Merdeka Raya

Jumaat lepas SMKDJH telah mengadakan sambutan merdeka raya peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan melepaskan konvoi kemerdekaan bermotosikal yang diketuai oleh cikgu Zack. Konvoi ini disertai oleh guru dan juga pelajar yang mempunyai lesen motosikal sahaja. Mereka melalui jalan batu bertangkup, kilang gula dan terus ke SKLKTP Chuping. Di sana mereka menyerahkan jalur gemilang kepada GB sekolah dengan disaksikan oleh para pelajar.

Selain itu, seorang pelajar berbasikal tua diiringi peserta konvoi menyerahkan jalur gemilang kepada pengetua SMKDJH sebagai simbolik sambutan kemerdekaan ke 56.

Kemudian, acara makan2 pun bermula... makan sampai kenyang. Sambil itu, ada persembahan lagu patriotik, sajak dan juga lagu2 raya...

Pelbagai jenis makanan ada. seperti lemang, ketupat, nasi impit, nasi hujan panas, nasi goreng, laksa, keow goreng panas2, sate yang dibakar secara live, kuih muih dan beraneka jenis minuman. best sangat tahun ini..

Terima kasih kepada BKGK dan KOPERASI SMKDJH yang menaja juadah hari ini dan tidak ketinggalan kepada guru dan pelajar yang membawa kuih raya.


simbolik penyerahan bendera kepada pengetua


Rombongan konvoi kemerdekaan

lagu tema kemerdekaan ke 56

semangat gitu...

koew teow goreng in making





roti jala

boleh makan panas2



pek siap2 takut berebut...alhamdulillah berlebih2

tapai

lemang

nasi hujan panas

aneka kuih muih

sumbangan cikgu... musim buah katakan...