Nufnang Ads

Saturday, August 31, 2013

Buatlah Sesuatu.... jangan menyesal kemudian ..


Sekolah Kebangsaan Chuping yang ditimpa bongkah batu semalam akibat kegiatan kuari dari kawasan berhampiran akan beroperasi seperti biasa Isnin ini, kata Pengarah Pendidikan Perlis, Dun Kasa.
  
Beliau berkata ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang terletak di pinggir Bukit Chuping.
  
Ditanya sama ada sekolah itu perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat, beliau berkata perkara itu tidak berbangkit dan sekolah berkenaan perlu terus beroperasi di lokasi sedia ada.
    
sebahagian petikan berita dari - Bernama
klik pada tajuk untuk berita penuh

Saya rasa terpanggil untuk memberi komen atas kejadian bongkah batu jatuh ke atas bangunan SK Chuping akibat letupan oleh kilang CIMA Jumaat lepas. Pertamanya, kerana saya seorang guru, keduanya kerana saya adalah bekas guru sekolah ini. Sepuluh tahun saya di sini, banyak juga yang saya tahu mengenai sekolah ini walaupun sepuluh tahun jugalah saya meninggalkan SKC ( actually I baru perasan..). Rasa terkejut dan sangat bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar serta guru. Saya doakan mereka cepat sembuh.

Sebenar, sejak dahulu lagi warga SKC sentiasa  dalam kebimbangan akibat letupan ini. Banyak keretakan yang dikesan pada bangunan sekolah. Banyak juga pihak yang telah datang melawat dan mengambil gambar tapi tiada tindakan sepatutnya... kalau ada pun hanya sekadar menampal pada keretakan tersebut. Bolehkah macam tu?... pihak sekolah juga sudah banyak kali memaklumkan kepada pihak2 berkenaan, tapi itu je lah tindakannya..

Pada satu ketika, ada juga ura2 sekolah akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Tapaknya pun dah ada, kira2 1 km dari tapak lama... lepas tu senyap macam tu je...

Untuk pengetahuan semua, sekolah kecil je... tapi ada asrama desa yang telah memenangi beberapa anugerah hingga ke peringkat kebangsaan. Asrama desa ini dihuni oleh pelajar2 yang rumahnya jauh dari sekolah. Kedudukan asrama ini pula betul2 di kaki Bukit Chuping. Jika pihak CIMA hendak mengubah waktu letupan di luar waktu sekolah sekalipun, ia tetap membahayakan kerana pelajar asrama 24 jam berada di kawasan sekolah. Fikir2kan... 

Teguran ikhlas ini saya buat kerana saya tidak mahu kejadian yang tidak diingini akan berlaku kepada pelajar, guru, warden asrama, penyelia asrama, tukang masak, tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya...

Jika tiada tindakan sewajarnya, bukanlah sesuatu yang mustahil bangunan sekolah akan runtuh akibat retakan yang telah bertahun2 berlaku... Mohon pihak berwajib melawat, memeriksa, menilai dan mengambil tindakan agar warga SKC serta waris tidak bimbang lagi...


  •  Zaharah Bt. Awang Ahmad · UUM
    Sy pernah mengajar di sek ini dari 1992-2003, pada ketika itu, sudah ada ura2 sek ini akan dipindahkan ke kws yg lebih selamat. Namun hingga kini tiada apa2..yang sedihnya menurut kenyataan di atas, perkara itu ( sek dipindahkan) tidak berbangkit. Untuk pengetahuan semua sejak dahulu, banyak keretakan bangunan berlaku di sek ini akibat letupan tersebuti, jangan sampai bangunan pula runtuh dan ada nyawa yang melayang kerana kawasan letupan dah makin hampir sangat dengan kawasan sekolah. Tambahan pula, bangunan asrama desa dan padang sek berada betul2 di kaki bukit yang diletupkan.... bekas guru SKC

    • Khoiron Noor ·  ·  Pengulas Tertinggi
      Keselamatan anak-anak sangat penting. Sebagai ibubapa kami pasti risau.

      • Raja Mohd Shahrim ·  ·  Pengulas Tertinggi · 4,665 orang pelanggan
        Letupan mengingatkan aku kisah yg terjadi pada tanggal 19 Oktober 2006..diPuncak Alam, Shah Alam..

      Sunday, August 25, 2013

      Selamat Hari Lahir ke 12

      Selamat hari lahir buat sibongsu Amir Daniel. Hari ini genap usia Amir 12 tahun. Cepatnya masa berlalu...Mama doakan Amir sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa, sihat sejahtera, cergas, cerdik dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 

      Mama juga sentiasa mendoakan Amir akan berjaya dalam UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.   Mama yakin Amir pasti BOLEH!
      Mama sayang Amir...


      Amir, adik kesayangan kakak dan abang..

      Thursday, August 1, 2013

      Nasi Pilaf & Ayam Palembang


      Sepanjang Ramadan ini darjah kerajinan memasak saya  makin meningkat. Apabila perut lapar, banyak idea yang datang,rajin pula mencuba pelbagai resepi. Harap2 graf ini akan terus kekal selepas Ramadan atau untuk selama2nya... selalunya lepas Ramadan graf ini akan menurun dengan sangat ketara,kadang2 tu sampai ke tahap negatif infiniti...dasyatttt

      Apapun kita layan resepi di bawah yang pertama kali saya cuba. Simple tapi sedap...Resepi nasi dan ayam ini saya rujuk dari SINI. Terima kasih..




      Rujuk resepi ayam di SINI

      Resepi nasi Pilaf:
      2 cawan beras basmathi - rendam lebih kurang 1jam
      2 cawan air
      1/2 susu cair
      garam
      kismis
      daun pandan

      Bahan tumis:
      1 labu bawang besar
      2 ulas bawang putih
      I inci halia
      bunga cengkih
      bunga lawang
      kulit kayu manis
      3 sudu majerin atau minyak sapi

      Cara:
      Panaskan majerin dan tumis semua bahan tumisan. Biar hingga garing.
      Masukkan air dan susu cair. Masukkan daun pandan
      Masukkan beras dan kacau rata.
      Tambahkan garam.
      Masak nasi seperti biasa.
      Setelah masak, kacau dengan garfu dan taburkan kismis.
      siap!