Nufnang Ads

Tuesday, June 25, 2013

Heading to Penang

Pagi ini saya bersama 10 orang pelajar akan ke Bayview Hotel, Penang untuk menghadiri Coding Camp selama 5 hari (26-30 Jun 2013). Apa itu Coding Camp? Tungguuu.... Nanti citer..

nanti kita ambik gambar banyak2

siap ada reben lagi ... 

Rumah Melayu

Pada Sabtu lepas, saya berkesempatan mengunjungi rumah rakan sekerja, cikgu SA. Rumah ini sangat special... (Minta kebenaran ya cikgu SA untuk masuk dalam blog akak... kagum sangat dengan bakat anda!) Di sekolah (tempat kerja saya) kami, ramai dah bercerita tentang rumah  ni.. jadi rasa teruja sangat menebal untuk pergi melihat sendiri..sebelum itu dah ramai yang  telah buat lawatan sambil belajar ke sini..

Memang kagum habisss, penuh dengan ciri2 rumah Melayu. Untuk pengetahuan semua, cikgu SA bina sendiri tau rumah ni... rasa macam tak percaya..sangat berseni, sedangkan cikgu SA ialah cikgu Pendidikan Moral.

Menurut cikgu SA, dia guna kayu terpakai yang berkualiti untuk membina rumah ini, sedikit demi sedikit dia buat, lebih setahun baru siap. sehingga sekarang belum 100% siap seperti yang dikehendaki..

Rumah ini mempunyai 5 bilik, ruang tamu, ruang menonton, beberapa beranda, dapur, ruang membasuh & sidai baju, loteng, Pendek kata semua aktiviti boleh dilakukan di atas rumah tanpa perlu turun ke bawah. Semua dirancang dengan teliti...

Setiap ruang pula dilengkapi dengan perabot kayu yang dibuat sendiri... terror sungguh cikgu SA ni. Kemas dan sangat cantik. Kebanyakan perabot tidak divarnis jauh sekali dicat. dibiarkan dengan warna kayu asli... cantik sangatttt...cikgu SA pun pandai buat gazebo.. 

Rumah ini juga penuh dengan pokok2 bunga yang subur kerana isteri cikgu SA sangat rajin menanam bunga. Setiap sudut ada bunga . Pandai sungguh dia menyusun atur pasu-pasu bunga tu, sesuai je...

Datin Normala Samsudin pun pernah datang sini tau, dia sangat berminat nak buat macam ni...lepas ni kaya la cikgu SA kalau Datin ambik dia buat rumah depa...doa2kan ye...

dari sisi

porch...
pandangan dari depan...

tangga yang cantik... pokok bunga menghijau di kiri kanan

beranda 1

beranda 2... menghadap sawah padi

ruang tamu
beranda 3 ...mengadap hutan keladi

meja... buat sendiri

Rumah ini berkonsep terbuka, banyak pintu dan tingkap berkaca...Nyaman dan sejuk kerana berhampiran dengan sawah padi...angin sepoi2 bertiup keliling rumah


* Bagi menghormati tuan rumah, tidak semua sudut saya ambil gambar, privacy you...
* maaf gambar kurang kualiti, guna hp je.. masa ni dah petang sangat...

Thursday, June 20, 2013

Dah ada nama....

Untukmu TAZA....

tak faham?

tak payah pening2,,,

tak payah fikir pun...

hanya KAMI yang TAHU....

Monday, June 17, 2013

KL vs Perlis

Ini bukan lawan bola ya... ia merujuk kepada majlis pertunangan anak buah suami, Firdaus dan Nadia. Siteruna dari KL manakala sidara pula dari Perlis. Alkisah perkenalan mereka bermula apabila UNIMAP mengadakan program anak angkat. Firdaus antara pesertanya. Dia menjadi anak angkat kepada Encik Halim. Bapa angkat pula mempunyai anak gadis yang cantik jelita, teruslah sijejaka jatuh hati...maka termeterai majlis pertunangan Sabtu lepas. Inilah dinamakan jodoh..

Kata sepakat dicapai, tempoh pertunangan 1 tahun. Insyaallah selepas raya tahun depan gelaran bapa angkat akan bertukar menjadi bapa mentua... Pak Uda & Mak Uda mendoakan kebahagiaan buat Firdaus dan Nadia. Tahniah!


cincin disarung tanda diri telah berpunya..


rombongan sebelah lelaki..

Friday, June 14, 2013

Makan di Kuala Perlis

Malam tadi, sekali lagi kami makan besar di Kuala Perlis. Kali ini bersama Pak Teh dan Mak Teh KL pulak. depa sekeluarga mai Perlis untuk majlis pertunangan anak lelaki kesayangan, Firdaus. Firdaus adalah ex-student UNIMAP sebab tu la sangkut dengan orang Perlis.

Depa nak sangat makan kat Lynda Ikan Bakar, sayangnya malam tadi tutup pulak. So, makan la kat gerai tepi laut tu. Bestt jugak, sedap! tapi tak ingat nama kedai. Macam2 menu diorder, antaranya siakap tiga rasa, ketam sambal, lala masak pedas, sotong goreng tepung, udang kunyit, tomyam dan sayur. semuanya menyelerakan...sukanya tengok depa makan.

Kata Pak Teh, kalau mai Perlis, mesti makan kat sini, sebab kat KL mahal, hampir sekali ganda, betul ke? Untungnya jadi orang Perlis kann... 

***tapi, kami pula teringin nak shopping kat KL, takmo dah Padang Besar....

seleranya Pak Teh..



Mak Teh & Pak Teh


Monday, June 10, 2013

Cuti dah habis..

Cepatnya masa berlalu.. cuti sekolah dah habis. Hari ini dah mula sekolah, cikgu2 pun liat, apatah lagi anak2 kannn. Dalam pada itu rindu juga kat makcik kantin. Hari ni awal lagi dah mula menjamu selera di kantin. Sambil2 tu bertanya khabar, ya la 2 minggu tak jumpa.. macam2 cerita.. paling tak tahan cerita mengenai alkisah percutian...

Yang 'ada-ada', cerita dia cuti kat Perth la, lepas balik Perth dok KL seminggu, lepas tu pi Hadyai pula..sorang lagi pula pi Universal Studio kat Singapore, dok hotel RM2000 satu malam. ada yang p Phuket, Krabi, paling lekeh pun Sabah Sarawak.  waa... banyaknya duit depa. Ramai juga yang telah mengerjakan umrah. Alhamdulillah.Ternganga kami dengaq cerita depa...Saya? cuti kat mana? malunya nak citer..

Kami sekeluarga hanya mampu pulang ke kampung suami di Jasin Melaka. Tu pun sebab ada kenduri kawen anak buah. tak sempat pun nak jalan2, hanya anak2 yang pi makan angin sekejap kat bandar Melaka. saya pun heran, habis je kenduri suami saya tergesa2 nak balik...sedangkan tu kampung dia.. ikutkan hati nak la ronda2 Bandar melaka atau pun bermalam di Port Dickson..( walaupun dah selalu ronda Melaka)

Menghala pulang ke utara, kami singgah sat di Bangi dan Sg Ramal. Ziarah anak saudara baru dapat baby..dan seorang lagi baru operation..Rasa nak singgah Mid Valley ataupun Sogo sat..tapi dah tempah hotel kat Penang, so terus je perjalanan. Bercuti la di tempat sama berulang kali....Alhamdulillah cuti juga kann.. boleh la, dari tak ada..