Nufnang Ads

Wednesday, May 29, 2013

Lawatan Ke Istana Arau

Sempena Hari Keputeraan DYTM Raja Perlis yang ke 70, Istana Arau dibuka kepada rakyat jelata untuk melawat dan melihat sendiri kawasan istana. Istana ini hanya dibuka pada pukul 9-11 malam selama 2 hari sahaja. Sebagai rakyat bukan senang untuk kita masuk ke kawasan istana jika tidak ada sebarang majlis atau keramaian. Untuk itu, perkarangan istana telah dihias cantik dengan lampu warna-warni serta pelbagai variasi seolah2 berada di i-city Shah Alam. Sebagai rakyat Perlis yang jauh hendak ke i-city, peluang ini tidak mungkin dilepaskan. begitu juga kami. Cantik sangat! seolah-olah berada di kayangan.. Perlis Indera Kayangan kann. 

Sayangnya, pada malam itu, hujan turun renyai2... susah nak ambik gambar.. satu tangan pegang payung, satu lagi pegang kamera... tak banyak gambar dapat diambil kecuali dengan hp..

Pada malam tersebut juga, ada persembahan kebudayaan oleh pelajar2 UNIMAP. Selain itu, ada cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah... kami tak bertuah punnn...







Thursday, May 16, 2013

Hari Guru 2013

Hari ini SMKDJH telah menyambut hari guru dengan cara kami. Dimulakan dengan perarakan guru2 masuk ke DSJ sambil ditabur bunga rampai.. perasan pengantin sat...Acara dimulakan dengan gimik hari guru..Juruacara menjemput PK untuk menerima kek, lalu beberapa pelajar membawa sekotak kek ke hadapan, Tiba2.... pelajar yang bawa kek tu tersungkur, kotak kek jatuh ke lantai.... terkejut kami, masing2 menjerit, tergamam seketika, sepi DSJ... apakah petanda... adakah benda buruk akan berlaku ?

Seketika kemudian, juruacara meminta warga DSJ bertenang dan relax... rupa2nya gimik je.... wah! menjadi le...hebat juga idea depa ni...kemudian sebiji kek turun dari atas, betul2 di atas kepala guru2...dikuti belon2 berterbangan dan bunyi mercun..meriah..

Selepas itu, sukaneka dan permainan antara pelajar dan guru. Akhir sekali diadakan pula persembahan. Ramai guru sangat sporting. Rupa2nya  cikgu2 ini sangat berbakat..Otai masih berbisa..

Jauh di sudut hati, saya masih merindui sambutan hari guru semasa mengajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu, anak2 kecil ini sangat menghargai guru berbanding pelajar sekolah menengah.. guru adalah segalanya bagi mereka. Di manakah mereka sekarang?  Saya tahu ramai yang telah berjaya dalam bidang masing2...

Terima kasih dan tahniah kepada pelajar tingkatan 6 rendah dan badan pengawas yang mengendalikan majlis pada hari ini dengan jayanya. 

Well done..
Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda






kek dan cenderamata dari Bank Rakyat... mentang2 cikgu2 ni banyak buat pinjaman..

pelajar2 yang disayangi, terima kasih  bagi hadiah...






kek turun dari langit


lagu wajib : Guru Malaysia

dapat bunga you...


semakin jauh semakin sayang









gaya je lebih...


terima kasih cikgu!

guru yang paling popular

gaya PK

mau gaduh ke?


Cikgu Azahar, rindu bayangan

 Cikgu Azli, lagu 60an

Cikgu Surina, Ombak rindu

kaunselor, rendang tak berbuah


penuh perasaan



Sunday, May 12, 2013

Kira undi lagi..

Tak habis2 lagi ka kira undi ..kali ini kira undi untuk untuk perwakilan dalam Mesyuarat Agung Koperasi guru2 Negeri Perlis kali ke 50. Sikit je pun...Mesyuarat ini diadakan pada hari Sabtu yang lalu di Dewan Murni KV Kangar, Saya bertugas sebagai pendaftar dan pengira undi. Dapat elaun woo.. selain itu, ada juga elaun kehadiran mesyuarat.. bagus kalau macam ni selalu..semua orang mesti berebut2 nak pergi mesyuarat kan..

Demi memastikan ahli2 menunggu hingga tamat mesyuarat, depa buat 50 cabutan bertuah. Semua hamper je... Rezeki saya murah hari tu, dapat pula cabutan bertuah ... Alhamdulillah. Cukuplah buat menggembirakan sibongsu, Amir Daniel... 







excited...tak sabar nak buka..

Saturday, May 11, 2013

Tanggungjawab

Alhamdulillah.. tahun ini sekali lagi Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis telah memberi cenderamata seperti tahun2 sebelum ini. Tuala cantik ini diberi kepada semua pembayar zakat yang membuat potongan gaji setiap bulan. Terima Kasih..

Sebagai orang Islam adalah tanggungjawab kita untuk membayar zakat jika kita tergolong dalam kalangan orang wajib membayar zakat demi membersihkan daki pada harta kita.. 

wallahhualam 


Sunday, May 5, 2013

Alhamdulillah selesai... Petugas PRU 13

Syukur, semua berjalan lancar. Pengalaman menjadi sebahagian daripada petugas PRU 13 menjadi pengalaman berharga. keluar rumah seawal 6.45 pagi , 9.30 malam baru balik. Letih, penat tetapi puas dapat berkhidmat untuk negara.

Berbagai pengalaman dikutip, antaranya sebagai pencalit dakwat kekal, habis comot momot walaupun bersarung tangan. Seboleh mungkin nak buat cantik2 kat jari pengundi, ala2 pakai inai gitu... tapi kadang2 tersasar juga. Jadi tukang jolok kertas undi masuk dalam kotak, pegang pembaris je kejanya. lenguh kaki wooo... tukang cop ala2 kerani pejabat pos...saya tak sempat try 'meneriak' nama pengundi. boleh habis sora wor..

Lepas undi kena kira pula, angkat satu2 sebut nama parti tunjuk pada ejen. tersasul2, terbelit lidah, tersilap dulang. maaf ye... bateri dah tinggal satu bar.. Saluran kami 501 undi. penat gila.. pengundi saluran ini lingkungan 30an. nasib kira sekali dah ngam dan ejen2 pun tak banyak karenah. Tapi seramm woo tengok ejen2 tu...memerhati gerak geri kita tanpa berkelip... takut kami buat silap... sedaya mungkin kami buat terbaik..

Pastu, masuk segala macam dokumen ke dalam sampul2, putih, merah, ada yang plastik, ada yang kertas, ada yang negeri, ada pula yang parlimen... confius gila...

9.00 malam baru selesai semua, KTM hantar  keputusan dan segala bagai barang semula ke MRSM Beseri. Tugas depa pula nak jumlah dan umum nama calon yang menang. Itu depa punya hal..

Best...walaupun penat.

Friday, May 3, 2013

Persiapan akhir PRU 13

2-4 mei 2013, petugas PRU 13 bagi P001 Padang Besar telah berkampung di MRSM Beseri bagi tujuan membuat persiapan akhir menjelang hari pengundian nanti.

Hari pertama kami diberi taklimat keselamatan oleh KP Perlis. Kami diperkenal dengan pegawai2 polis yang bertugas dan juga yg akan mengiringi KTM untuk membawa kotak undi ke pusat pengundian.

Hari kedua, kami diberi peralatan yang akan digunakan semasa hari mengundi. Kalau tak silap 77 item kesemuanya. Setiap satu perlu di check dengan teliti agar tidak ada yang tercicir nanti.

Hari ketiga barulah  dibekalkan dengan kotak undi, dakwat dan daftar pemilih serta kertas undi. Untuk check saja Semua barang2 ini tidak boleh dibawa keluar dari DewanTuanku Syed Putra MRSM Beseri sehingga pagi hari pengundian. Itupun dengan escot pihak polis. Kawasan ini diberi kawalan ketat oleh pihak berwajib. Hanya individu yang mempunyai pas sahaja dibenarkan masuk. Orang ramai tidak perlu risau akan berlaku kebocoran kertas undi mahupun dakwat kekal tu..

Hari ini juga kami ke pusat pengundian untuk menyiapkan bilik. Susun kerusi meja, tampal poster, lekat tunjuk arah dan macam2 lagi la... 
              
95% petugas adalah guru2 manakala pengurus pilihanraya adalah pengarah JPN Perlis. Macam2 cikgu kena buat.... Rasanya kalau guru2 seluruh Malaysia ni, tarik diri, saya percaya lumpuh PRU ini...(tak mungkin terjadi)

Kami bertungkus lumus bertugas demi memastikan semuanya berjalan lancar, jadi kepada masyarakat luar fahamilah jika guru2 merungut dengan beban tugas mereka.. Tak payah la nak komplen sangatttt. Meh kita bertugas jika nak tau susah payah untuk menyiapkan semua ini. Orang luar hanya tahu, semua benda dah siap, tunggu nak pangkah je...

Sepanjang 3 hari ini kami disediakan makan minum. Tapi yang sedihnya, makanan asyik tak cukup je... Kalau terlambat, tinggal kuah le... Sedihh... Mungkin caterer ni nak cepat kaya kut...( saya percaya SPR menyediakan bajet yg cukup), yang jadi mangsa para  petugas. Tempat makan pun tak sesuai langsung, kerusi tak cukup. Bertenggek kami kat tepi2 longkang. Pilu....

Walau bagaimanapun, semua ini tidak menjadi kudis kepada kami untuk bertugas penuh dedikasi... Jumpa esok...


* gambar2 tidak diupload untuk mengelak dijadikan isu...