Nufnang Ads

Tuesday, April 2, 2013

Trip ke Vietnam - 23-260313

Pada awal cuti sekolah yang lalu, saya berkesempatan mengikuti trip ke Vietnam. Dengan tambang murah Airasia kami bertolak dari airpot kepala batas ke LCCT dan dari LCCT ke Saigon yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang 2 petang kami selamat menjejak kaki di bumi Vietnam. Kami menaiki teksi ke hotel An Tham. Hotel An Tham ini sangat strategik kerana berdekatan dengan restoran halal, dekat dengan pasar Ben Tanh dan pasar malam. Di kawasan berdekatan juga terdapat banyak deretan kedai yang boleh shopping. Rasanya inilah pecutian yang paling selesa untuk shopping.

Selesai check in kami terus ke restoran kampung Melayu kerana masing2 kelaparan. macam-macam jenis makanan ada disini seperti tomyam, siakap tiga rasa, aneka kerabu, pelbagai masakan ala carte. Rasanya boleh tahan, tapi harganya agak mahal. Untuk pengetahuan semua makanan di Vietnam agak mahal. Saya minum 1 gelas teh o ais dan kawan saya minum teh ais harganya 80 000 dong. lebih kurang RM 11 1 gelas.

Sejurus selepas makan, kami dah mula shopping di sekitar hotel, pasar ben tanh lebih kurang 100 meter je dari hotel. apa lagi kami pun serbu, tapi suasana dalam pasar sangat panas dan sangat tidak selesa. Mood untuk membeli terus down, ditambah lagi dengan kerenah penjual yang agak agresif. boleh tarik2 tangan kita lagi, Awas dengan peniaga kat sini, kalau anda telah tawar menawar tapi tak jadi beli, mereka akan maki hamun....lagi pun kami masih banyak masa, hari ini sekadar tengok2 je dulu...

Sebelah malam kami shopping pula kat pasar malam. Mak ooii... ramainya orang Malaysia, seolah2 kita berada di pasar malam Jalan TAR. Peniaganya boleh berbahasa Melayu walaupun agak pelat dan mereka juga menerima RM. Barang2 yang dijual di sini seperti baju kurung bermanik2 tu, jubah, tudung, beg, cenderamata dan macam2 lagi la... heran sungguh saya, kebanyakan mereka menjual barangan orang muslim seperti baju kurung, tudung dengan pelbagai gaya sedangkan mereka non muslim. Pasarannya semata2 kepada orang malaysia. Jika anda berminat nak beli tawarlah sehingga 50-70%. 

Keesokan hari, kami ke Sungai Mekong. Lebih kurang 2 jam dari Ho Chi Minh. Kami menaiki bot ke pulau, di pulau tersebut ada macam2 aktiviti seperti minum teh madu, lepas tu dia suruh kita beli le...tapi tak beli pun tak apa, pergi tengok cara buat candy kelapa, lepas tu singgah pula di satu tempat di mana mereka sediakan minuman dan buah2an, dihiburkan pula lagu2 rakyat mereka termasuklah lagu bila rasa gembira versi Vietnam. best jugak...Di pulau ini juga ada jualan barang2 cenderahati seperti t shirt, beg, key chain dan macam2 lagi yang boleh kita beli untuk dibawa pulang. Di sini lebih murah berbanding pasar Ben Tanh.

Selepas itu barulah dibawa menyusuri sungai Mekong. Di kiri kanan sungai tumbuh meliar pokok nipah. Pendayungnya lebih ramai wanita berbanding lelaki. Kuatnya mereka menongkah arus demi sesuap nasi..

Kami disediakan makan tengah hari di sebuah restoran dalam kawasan masjid, nama tempatnya tak pasti pulak. Kebanyakan yang mengikuti pakej ke Mekong akan makan di restoran ini. Selepas itu, kami singgah pula di Pasar Ben Tay. Di sini banyak kain ela, berjenis kain cotton, lycra dan juga sutera vietnam. harganya berpatutan. Cotton sepasang 7 USD.

Hari ketiga, kami ke War Museum dan aktiviti shopping sepanjang hari.

Di sini saya turunkan beberapa tips jika anda ingin ke Vietnam sebagai panduan..

Tips  ke Vietnam:

1. Tak tukar duit pun tak apa, mereka terima RM
2. Jika anda tak berminat hendak membeli, tak payah tanya harga, nanti depa maki kalau tak beli.
3. Kepada sesiapa yang nak ronda2 Ho Chi Minh dengan motor yang banyak dekat2 hotel tu, baik tak payah, mereka kuat penipu, ahli rombongan kami sudah terkena, janji lain tapi dia minta lebih, pastu siap suruh bubuh minyak lagi, dia pusing2 tempat sama aje.
4. Kalau nak naik teksi,naik ramai2, depa ni juga tipu, lebih baik jika ada orang lelaki
5. Jaga beg, handphone dan kamera anda sebaik2nya. kerana keadaan di sini sangat sesak..
6. Awas dengan pengilat kasut, ketika anda asyik mengilat kasut nanti ada rakan mereka akan meragut beg. Perkara ini dipesan seorang peniaga muslim di sini.
7. Sebelum datang belajarlah sedikit cara convert duit ke USD atau Dong kerana mereka akan cuba menipu jika anda lemah matematik..
8. Bawalah bekal makanan kerana makanan di sini mahal...
9. Jangan sesekali memakai barang kemas..
10. Berhati2 ketika melintas, kerana di sini lebih banyak motor berbanding kereta, mereka akan muncul bila2 masa, takut tak sempat elak..

Apa pun pengalaman di sini best, barang2 murah cuma makan je mahal...

bandar Ho Chi Minh
tempat penginapan kami, agak selesa, harga pun murah, yang paling best sebab dekat dengan kawasan membeli belah




tudung layer2 ni banyak sangat, harga sekitar RM20-30


Jubah RM45


handmade alas kaki

popia, sarapan yang disediakan semasa ke Mekong. sedap dan mengenyangkan


restoran ni opposite dengan hotel. Ramainya orang Malaysia makan kat sini


kat Mekong

bunga tu handmade



kuatnya dia...



di sinilah kami makan semasa pulang dari Mekong

teh madu- percuma

kurung cotton manik RM45-50

di Mekong juga

Tempat beli kain ela





pasar Ben tanh






pasar malam



war museum




Setakat sini saja, tak larat nak cerita, kalau nak tahu lebih lanjut silalah tempat tiket ke sana. Murah aje, kami belanja untuk tambang pergi dan balik dari Alor setar dan hotel cuma RM750 je..pakej ke Mekong kami ambil di Vietnam (ni kira lain)...makan minum, shopping dan jalan2 di sini tanggung sendiri...

1 comment:

Anonymous said...

Apa nama travel agent kt Vietnam tu