Nufnang Ads

Friday, December 28, 2012

Pesta makan

Sepanjang cuti sekolah Nov-Dec ni, kami buat pesta makanan. Macam2 resepi dicuba. Ada yang jadi, dan ada sebaliknya. Tak apa.. itu namanya proses pembelajaran.. Akibatnya, berat badan dah naik berkilo2. Sabar je la...

Kebanyakan resepi diambil dari blog2 masakan yang selalu dibaca. terima kasih ye..tak dapat saya nak nyatakan satu persatu kerana banyak sangat...mari tengok...

red velvet versi cupcake


red velvet 

puding roti

mushroom pie


home made steamboat

banana cake


cream puff

sardin puff

cupcake

Ada lagi yang tak terarmbil gambarnya....

Thursday, December 27, 2012

Pulau Lagenda, Langkawi

Dah lama merancang untuk bercuti sekeluarga ke pulau lagenda ini. memikirkan kosnya yang agak tinggi, niat itu selalu ditangguhkan. Lagi pun semua pun sudah pernah ke sini. kami, guru2 perlis selalu berkursus di sini, anak2 pula sering mengikuti kem2 atau kursus kepimpinan di sini juga. Agak tidak mengujakan apabila saya memberi cadangan untuk bercuti di pulau yang terkenal di serata dunia ini.

Idea untuk membawa anak2 ke sini timbul apabila saya ke Phuket dan Krabi di Thailand. Kami dibawa mengelilingi pulau2 yang cantik di sana. Jadi, saya rasa di langkawi juga tidak kurang hebatnya. Saya ingin membawa anak2 mengalami sendiri pengalaman island hopping di pulau indah ini.

Percutian kali ini disertai anak sedara, zharif kerana ayah dan ibunya ke vietnam. jadi dia ditinggalkan bersama kami. Tambang bot pergi dan balik dari Kuala Perlis disponsor sepenuhnya oleh along. terima kasih along!

kami menginap di sri lagenda resort di pekan kuah. 3H2M RM250. sewa van, nissan vanette RM240 untuk 3 hari.

Seawal 7.00 pagi kami dah tercegat di jeti kuala perlis kononnya untuk mengelak kesesakan. Rupanya aman damai je kat sini...

Selepas dapat je kunci van kami terus ke cable car. along dan adam belum pernah naik. Tapi, apabila sampai di sana semua nak naik kecuali mama dan ayah je. maka tunggulah kami berdua di bawah..RM15 for adult, RM10 for child, malaysian je 

Balik dari cable car  terus check in. biliknya boleh tahan, ada swimming pool juga. itu sangat penting! malamnya shopping2 kat pekan kuah. beli coklat, tengok2 pinggan mangkuk...

seawal 8.00 pagi keesokan kami bertolah ke underwater world untuk aktiviti island hopping. Agen tu suruh tunggu kat sini, nanti depa datang ambil. 9.00 pagi kami sudah berada di jeti, 5 minit je dari underwater world. RM28 perhead untuk 3 tempat, tasik dayang bunting, pulau beras basah dan eagle feeding. Boleh juga booking 1 bot terus, tak payah share2 dengan orang tapi mahal la sikit. Kami share aje, 1 bot 13 orang. ada 2 sesi, pagi 9.00-2.00 manakala petang 2.30 - 5.00

Destinasi pertama ke tasik dayang bunting. 1 jam di sini. boleh mandi2 atau naik yang kayuh2 dalam tasik tu... ( tak tau orang panggil apa). untuk mengetahui cerita mengenai lagenda tasik ini sila google ye...

selepas itu singgah kat tempat ikan dalam sangkar. macam2 ikan ada. boleh bagi makan atau ambil gambar. nak masuk di sini kena tiket pulak. RM15 perhead ..( tak masuk pun tak rugi)

Destinasi seterusnya ke pulau beras basah. pulau ni tak ada tandas tau..pandai2 le. airnya jernih, sesuai untuk mandi manda. Nak bilas pakai air telaga.. mengimbas zaman kat kampung dulu-dulu... Selepas 1 jam  ke tempat eagle feeding pulak. Kagum  sangat tengok helang2 ini tangkap ikan dan terus masuk kemulut sambil terbang. macam buat show pula.. pengalaman yang sangat best... 

*peringatan kepada adik kakak yang nak island hopping, tak payah nak bergaya sakan mengalahkan artis untuk majlis anugerah, sila pakai t shirt dan track bottom aje, atau lebih afdal pakai baju mandi terus supaya senang nak turun naik bot atau nak main2 air...

Petang pula acara mandi kolam dan sebelah malam shopping lagi. Kali ini ke Idaman Suri. Terbeli pulak pinggan 1 set... tak apa lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli... bukan senang nak ke sana semula kan..

Hari ketiga, cuma aktiviti mandi kolam. selepas check out terus ke dataran helang dan taman lagenda. Taman lagenda itu macam tak jaga je..dulu2 tu best...

 2.30 petang bot ke Kuala Perlis.





dataran helang
cable car
sepupu  (kanan) - tahniah zharif 8A PMR



wajib...


jeti untuk island hoping



bilas dengan air telaga di pulau beras basah

3 teruna

eagle feeding

nampak tak?

complete group
tu la pulau dayang bunting, nampak macam perempuan mengandung sedang baring
(yang belakang tau.. ,kepala di sebelah kanan)
pertama dan ketiga




t



dalam bot
shopping time


Wednesday, December 26, 2012

Tanjung

Sudah menjadi rutin setiap tahun kami mesti mengunjungi Penang. Kalau mamak Penang depa lebih suka sebut Tanjung.  Sebenarnya nostalgia lebih 25 tahun lalu selalu menggamit memori, saya pernah study kat sini pada tahun 85-88. Jadi saya agak expert la jalan2 kat sini. tak banyak yang berubah kecuali di bahagian bayan baru dan bayan lepas. Kalau kat pekan Tanjung (george town) sama saja. dulu komtar adalah tempat kami melepak dan shoping2, tapi sekarang sunyi sepi, sungguh menyedihkan. Orang tanjung shopping kat Queenbay mall, Prangin mall dan gurney plaza. Orang tak pi dah komtar...

Kebanyakan tempat kami dah pergi, jadi kali ini kami ke Bukit Bendera sebab nak try keretapi baru. Laju dan tak payah tukar2 lagi dipertengahan jalan. Kalau dulu keretapinya slow, panas dan terpaksa tukar pula untuk sampai ke atas. boleh cuba...


bersiar2

rm4.50

sebelum ni selalu ambil apartmen kat Batu Feringghi, kali ini  krystal suite di bayan baru
5 minit je ke Queenbay mall


berenang kat swimming pool adalah acara wajib

sebelum balik mesti pekena pasembor dulu, gerai ni la yang masuk dalam 
drama anak mami tu...

sedap! harga pun boleh tahan...

Tuesday, December 25, 2012

Pulut ayam

Bersarapan dengan pulut ayam sudah sinonim dengan orang utara terutama di padang besar. Saya rasa ia adalah pengaruh  thailand kerana jika orang melayu  pulut dimakan dengan ikan kering dan digaul kelapa. Dua2 pun sedap... Pagi tadi kami bersarapan pulut ayam atas permintaan sisulung. Tapi harganya, waduh...
Dari padang besar kami terus ke gua kelam. Dah cantik rupanya...ramainyer....




apa yang secret?







Monday, December 24, 2012

Finally...

Setelah bersabar hampir 5 tahun, finally dapat juga menjayakannya ...