Nufnang Ads

Tuesday, September 18, 2012

Keranamu 1&5


Pernahkah anda booking nombor kereta? Bagaimana pengalaman anda berurusan dengan salesman kereta? Saya dah dua kali mempunyai pengalaman yng sangat pahit apabila berurusan dengan depa ni. 2 tahun lepas semasa membeli 1115 dan kali ini semasa nak booking kereta untuk along. Janji manis bagai gula tapi hampeh.... Boleh ke tak faham kami nak nombor yg ada no 1&5 shj, tapi dia booking 1552, aik mai mana no 2 tu... Dia kata no tu cantik...apa pendapat anda?

Along mati2 tak nak no tu, lalu minta berbincang... Salesman tu tetap berkeras, dah tu cuba pula menyalahkan kami... Nasib baik ada org ketiga yg mententeramkan keadaan. Akhirnya dia mengaku kesilapan dan mengembalikan wang booking. Fine, kami booking sendiri, tak sampai setengah jam dapatlah 5515, selesai!

Salesman tu cakap susahnya nak booking, dah 3,4 kali dia pergi JPJ tapi tak boleh....buat kerja ke tak? Berhati2 dengan depa ni..



JPJ Alor Setar


MAKARONI BAKAR SARDIN

Makaroni bakar ini saya makan semasa pot luck sebelum Ramadan yang lalu. Cikgu Su yang bawa. Sedap, saya pun minta resepi. Dengan baik hati dia siap print warna warni lagi dan diberi kepada semua rakan yang minta. Terima kasih Su. Resepi ini telah dicuba oleh 2 anak gadis saya yang pulang bercuti sempena Hari Malaysia.

Biasalah, mamanya sibuk menghadiri kenduri kawen. Bila balik rupanya dah siap!  
Saya sendiri tak pasti susah ke senang sebab tak tengok proses pembuatannya.. tapi rasanya memang superb.. Cubalah...

sebelum bakar

proses membakar


hasilnya...
Resepinya:
Bahan A
1 tin besar sardin
2 ulas bawang merah dicincanag halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
250 g makaroni direbus hingga lembut

Bahan B
3 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju mozarella yang diparut
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. masukkan rempah kari, masak hingga garing kemudian masukkan sardin
3. masukkan makaroni dan air, kacau hingga mendidih
4.Kemudian, masukkan makaroni ke dalam loyang, tuang adunan telur dan taburkan keju di atas permukaan
   hingga rata.
5. Bakar dalam oven sehingga masak.

* resepi ini diubahsuai dari resepi makaroni oat bakar sardin dari majalah saji bulan Jun. Terima kasih.

Monday, September 17, 2012

KURSUS ASAS FOTOGRAFI ALAM 2012

Pada 15 September yang lalu saya bersama cikgu Dee dan seorang pelajar telah menghadiri kursus asas fotografi alam anjuran FRIM Perlis. Bergambar dan mengambil gambar adalah menjadi hobi saya sejak dulu. Pantang nampak kamera je, saya akan berposing dan saya juga suka merakamkan setiap momen indah yang berlaku di sekitar saya, kerana detik yang terlepas tak mungkin kembali kecuali dengan gambar..

Kursus ini bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tambahan pula saya baru membeli kamera DSLR dari cikgu NE. Dia baru je beli tapi tak mau pakai. Saya hanya mampu beli yang terpakai je..

Kami didedahkan dengan pelbagai perkara baru tentang kamera, termasuk mengenali fungsi2nya serta teknik2 mengambil gambar yang betul. Selain itu, kami wajib menjalani latihan praktikal di bawah bimbingan En. Asmar dan En Yusni. Selama ini pakai hentam je... susah rupanya..

Terima kasih kepada FRIM Kepong dan FRIM Perlis yang menganjurkan kursus ini secara percuma. Semuanya besttt, penceramah yang hebat, makanan yang sedap dan layanan kakitangan FRIM yang sangat mesra. Lain kali boleh jemput kali lagi ye...

mengambil gambar model

cikgu dee yang dah pro..
(baju biru- cara orang pro ambil gambar)

syafiq bertungkus lumus menyiapkan tugasan

pelbagai gaya wei...

inilah sifu (penceramah), En. Asmar seorang pengarah filem
gaya je lebih...

peragaan kamera

Wednesday, September 5, 2012

First time join GA


Teringin sangat  nak join GA ni sebab hadiahnya sangat gempak,dah lama minat dengan TEFAL  tapi sebab harganya yang agak mahal, lagipun bukan rajin sangat pun nak masak,pendam aje la. tapi kalau boleh dapat free apa salahnya kan...  Kat Langkawi banyak benda alah ni..Setiap kali berkursus kat sana selalu juga belek2 tefal ni tapi tak beli2. Kita cuba nasib mana tahu ada rezeki.. Syarat2nya mudah aje,so saya copy kat bawah tu. Jom la join kawan2...

 TEFAL 28 cm


  1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 


2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.

3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2 entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.

4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 26 September 2012. 

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.