Nufnang Ads

Thursday, June 21, 2012

Macam-macam la

Tadi semasa relief kelas 4B muncul 2 orang nurse dan seorang doktor gigi.

doktor gigi : maaf cikgu saya nak check gigi pelajar.
Saya: silakan doktor ( dalam hati tertanya2 mengapa check gigi dalam kelas? kan ada klinik...)

Nurse pun memanggil  nama 2 orang pelajar perempuan. Doktor segera mendapatkan pelajar tersebut dan terus memeriksa giginya. Sambil memeriksa doktor mengomel kepada pelajar itu,  kenapa tidak pergi klinik untuk periksa gigi. macam2 alasan la diberi pelajar tu.. 

habis pelajar pertama, doktor memanggil  pelajar kedua. aish dah hilang... aku ternampak kelibat pelajar keluar ikut pintu belakang secara senyap2. Doktor segera mengejar pelajar itu sampai ke hujung bangunan. Terus dia minta pelajar itu nganga mulut dan periksa di situ juga... Rupa-rupanya ini kes pelajar takut. Setiap kali dipanggil ke klinik, mereka akan menyorok. Akhirnya doktor yang dedikasi ini ambil inisiatif masuk ke kelas, itupun masih ada yang cuba lari. macam-macam la depa ni....

Ingatkan cikgu aje yang pening dengan karenah pelajar smkdjh ni, doktor gigi pun sama.. tahniah doktor kerana sanggup ligan depa ni... teruskan doc!

Herannya, depa ni bukan budak ting 1 atau 2, tapi dah tingkatan 4 pun masih takut...patutnya dah boleh fikir buruk baiknya jumpa doktor. ini tidak, boleh main aci ligan pula dengan doktor. kiranya hari ini ops  check gigi la. Syabas doktor muda yang penyabar! macam-macam cabaran dalam bekerja ..


Monday, June 18, 2012

Hari tanpa berbelanja

Hari tanpa plastik, biasa... hari tanpa rokok pun biasa juga kan. Pernah ke dengar hari tanpa berbelanja? tak pernah kan? boleh ke hidup tanpa berbelanja... tapi still boleh makan sedap dan jalan2 dengan happynyer.

16 Jun lepas adalah hari tanpa berbelanja saya. satu sen pun tak mengalir dari dompet nine west saya. Bermula 9.50 malam 15 Jun kami bertolak ke kuantan untuk ke majlis perkahwinan Siti (anak sedara) dengan bas yang dicarter  sepenuhnya oleh abang. 40 orang termasuk abang, kakak, sepupu sepapat, ipar duai, anak sedara, cucu sedara dan juga jiran tetangga. siap disediakan bekal oleh SIL dengan bihun goreng, nasi goreng (kak Yah) , cucur jagung (Na) , cucur cempedak (kak Ma) , aneka jajan serta berbotol2 air mineral. sepanjang perjalanan selama 12 jam kami hanya singgah untuk ke tandas dan sembahyang sahaja. masing2 kekenyangan! Perjalanan yang panjang amat meletihkan. tapi, oleh kerana rombongan ini terdiri dari sanak sedara, riuh rendah. ada yang tak tidur langsung, asyik bergosip je. bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Sampai di kuantan jam 9.00 pagi keesokan. terus ke rumah Yati ( sedara yang tinggal disana). Yati sudah menyiapkan breakfast yang teramat sedap. semua dibuat sendiri ( yati berniaga kecil-kecilan) ada nasi lemak, pulut inti, kuih kaswi, bihun goreng, karipap dan entah apa2 kuih lagi. terima kasih yati dan suami. hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan anda berdua.





terbaikk...
Singgah sebentar di homestay , manakala saya sekeluarga dan anak sedara dari KL ke homestay Fa Fau (Farah Fauzana punya ke?) yang disediakan oleh pengantin lelaki . Besar, cantik dan sangat selesa. terima kasih...



  rombongan Mak Teh....


hantaran


Amir pun kena pegang...



kek yang cantik
Jam 1.30 tengah hari kami ke rumah pengantin lelaki. Pertama kali makan kenduri kat Kuantan. tak banyak beza dengan tempat kita. Selepas selesai majlis persandingan, kami bertolak pula ke KL, ke rumah anak sedara yang baru duduk rumah baru. Sampai KL sekitar 8.30 malam. makanan dah siap terhidang. ada nasi ayam, kuih2  dan paling best satay kajang. Sedapnya! Terima kasih Fizoh dan Taja. Rumah hampa cantik la, maklumlah rumah baru...

Dek kerana keletihan yang amat sangat semangat untuk mengambil gambar hancuss.. hanya beberapa keping aje yang mampu disnap..

Dari Bangi terus balik, Fizoh siap bungkus bekal untuk kami..tak kasi can nak membeli..


selamat pengantin baru

semoga kekal bahagia



Selamat sampai rumah jam 5.30 pagi tanpa berbelanja tapi sangat happy! kalau tiap2 hari macam ni, makcik kayo weh!

Wednesday, June 13, 2012

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Panggilan dari unit ICT JPN Perlis pada hari pertama permulaan semester membawa perkhabaran  yang tidak pernah disangka2.

Pegawai JPN : Ini Pn. Zaharah ke? webmaster SMKDJH?
Saya              : Ya saya, ada apa Puan?
Pegawai JPN : Laman web sekolah cikgu telah mendapat JOHAN kategori sekolah menengah peringkat  
negeri Perlis.
Saya              : Are you sure? (pandai pula tukar bahasa)
Pegawai JPN : Ya cikgu, sijil pun dah ada ni.. cikgu diminta hadir ke perhimpunan bulanan di SMKD untuk
terima anugerah pada 13 Jun 2012 jam 8.00 pagi. Cikgu boleh datang?
Saya              : Ya, insyallah saya datang (walaupun masih kurang percaya berita yang diterima)

happy tak terkira, dalam pada itu terlintas juga dalam fikiran adakah mungkin mereka tersilap kerana tiada surat rasmi, cuma panggilan telefon.

tertanya-tanya juga siapalah panel penilai yang memilih laman web aku, layak ka menang JOHAN pulak tu. rabun kut depa ni. aduh susahnya nak percaya! . anggaplah ini rezeki . syukur..tak sia-sia aku bekerja keras dan bersengkang mata.

kelmarin, sekali lagi panggilan dari JPN diterima. webmaster tidak payah pergi pengetua akan menerima anugerah itu hari ini. aduh! lembu punya susu, sapi dapat nama... dan tadi pengetua dah bawa balik sijil yang diterima. barulah aku percaya bahawa ianya benar belaka!
(kononnya, webmaster akan terima pada hari guru peringkat negeri nanti, entah la...)

"KESUNGGUHAN MENGATASI KEPANDAIAN"

Nak tengok laman web rasmi sekolah saya? klik di sini


# kakak, laman web ini yang menang bukan blog..

Monday, June 4, 2012

HARUM MANIS VS SALA


Harum Manis merupakan buah  trade mark  bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Musim  mempelam adalah antara bulan April dan Mei setiap tahun. sekarang le...

kepada orang luar perlis mungkin menganggap semua mempelam lebih kurang sama aje. Anda salah! jangan tertipu. pada masa sekarang terdapat ramai penjual mempelam di sepanjang highway Changloon- Kuala Perlis. Selain harum manis, mempelam sala sangat banyak di sini. Perhatikan betul2 apabila hendak membeli. Harum manis bentuknya tidak bujur sangat (agak2 bulat sikit), lebih lawa , kulitnya lebih licin dan rasanya sangat sedap. Lazimnya dijual antara RM 15.00 dan ke atas perkilo.

manakala pelam sala, bentuk agak bujur memanjang, baunya kurang harum. harganya antara RM0.80- 1.40 perkilo sahaja. Lazimnya sala dibuat jeruk atau dicicah dengan garam belacan.

Jangan percaya jika harum manis ditawarkan harga kurang RM10.00. kawan baik jual pun  RM14.00. Diharap pelancong yang datang ke Perlis tidak mudah tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab  ( khabarnya ramai dah yang terkena, kesian...).

sala - lebih bujur, warna kehijauan walaupun dah masak

harum manis- ini tak ada gred kut ( sbb percuma). kalau gred A, kulitnya licin dan berwarna kekuningan

Friday, June 1, 2012

KEBUNKU LAGI...

terung yang pertama, sebelah tu baru putik

awat kemetot je... tak cukup nutrien kut..

yang ini terung warna hijau, mula berbunga...


cantik..


hasil dari kebun ini  adalah organik 100%, tiada racun serangga, tiada bahan kimia. bajanya sekam padi yang  dibakar, dapat percuma daripada taman pertanian SMKDJH. Tiap2 hari siram dengan air beras atau air basuhan ikan. Cubalah, kepada yang baru nak berkebun...