Nufnang Ads

Tuesday, February 28, 2012

KRABI, THAILAND

Dengan pakej RM340, kami ke Krabi, Thailand. Pakej ini  termasuk la  tambang (naik van siam), hotel, naik bot ke 4 buah pulau dan makan tengah hari (hari kedua je) selama 2 1/2 hari 2 malam. Lain2 tanggung sendiri.

Mungkin bagi sesetengah orang tak tahu pun Krabi ni adalah pusat pelancongan terkenal termasuklah saya. Kalau sebut Phuket, seluruh dunia tahu (tahun lepas dah pergi Phuket, tahulah serba sedikit) . Phuket sesuai untuk berlibur atau kaki clubbing manakala Krabi pula sangat sesuai untuk menikmati keindahan pantai dan pulau-pulau yang sangat cantik. Di samping aktiviti snorkeling, berkayak, memancing atau sekadar mandi laut.

Air yang jernih membolehkan kita melihat pelbagai jenis ikan berenang2 disepanjang pantai. Pasir pantainya pula putih bersih. Mengasyikkan..

apa yang lebih mengagumkan ialah pantainya yang bersih, tak macam pantai kita yang kotor dengan sampah sarap. Pada hari kedua kami menaiki bot ke 4 pulau iaitu Tup island, Chicken Island, Poda Island dan Pranang Island. Kami menggunakan khidmat Barracuda tour yang menyediakan bot yang selesa, tourist guide yang boleh berbahasa Inggeris,  makan tengah hari serta  minuman, kek dan buah-buahan sepanjang pelayaran tersebut.

Disetiap pulau yang kami singgah, ramai sungguh orang putih berjemur seolah-olah kita berada di negara mereka. Banyak sungguh duit orang putih ni...

Jika anda kaki shopping, Krabi bukanlah tempatnya. Hanya barangan cenderahati yang banyak dijual di sepanjang Aonang beach. Harganya pula sangat mahal..



bersedia untuk naik bot



chicken island... nampak macam ayam tak?

ikan2 yang berenang boleh dilihat dengan jelas

snorkeling


phranang island, ada gua


dalam tut tut..

tut tut..

naik gajah 700 baht

selepas naik gajah makan nenas. manis..

otw nak balik.. beli nenas 10 baht satu

cop passport, Padang Besar
hotel

poda island. macam pulau orang putih...

dalam bot

cantiknya..

Sunday, February 26, 2012

SURAM

Permulaan 2012 yang suram. kurang keceriaan, kurang juga rasa kegembiraan. tawar...Pertamanya, kami dipaksa berpindah rumah walaupun tak punya masalah. Lainlah kalau tak bayar sewa. Tahu je lah bila berpindah.. banyak tenaga diperlukan, banyak kerja perlu dibereskan. Tambahan pula rumah sewa kali ini lebih kecil berbanding yang dulu..terpaksa jadi lebih kreatif untuk menyusun atur barang2. banyak juga terpaksa dibuang ataupun dikitar semula. Nasib baik suami dan anak sulungku sangat cekap.. tak sampai seminggu rumah kami kembali teratur... terima kasih.

Diikuti pula dengan berita, anak sulungku diposting ke Terengganu. Kami sekeluarga memang ternanti2 keputusan posting ini, tapi tidak pernah terlintas untuk ke negeri penyu .. betullah kata orang, yang kita tidak mahu itulah yang selalu akan dapat. Mungkin ada hikmah yang tersirat...

Disebalik rasa gembira kerana anakku dah mula bekerja,  tidak dapat disembunyikan rasa sedih. Pada harijadinya yang ke 23 kami terpaksa melepaskan dia pergi untuk menjalani hidup sendirian di sana.. mama doakan along tabah untuk menghadapi semua ini. mama sayang along..

Diharapkan bulan2 akan datang akan ada sinar keceriaan..

Wednesday, February 15, 2012

AKHIRNYA....



TERENGGANU jawapannya...







Saturday, February 11, 2012

KUIH LAPIS SERI WANGI

Kuih lapis seri wangi yang tidak secantik resepi asal. Resepi diambil dari Sinar Kehidupanku. ada celoreng lagi bahagian atas. ala2 uniform askar pulak. Saya buat macam ini kerana bahagian warna hijau tu lebih,jadi buat corak la konon... tujuan asalnya kerana tidak mahu membazir. Terima kasih kepada yatie.




Inilah resepinya:

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tpng jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat
Bahan B

1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C

1 sb coklat emulco
pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.

Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.

KEK KARAMEL CHOCOLATE MOIST

Dah lebih seminggu buat kek ini. Sedap! nanti raya nak buat lagi.. Resepi dirujuk dari CAHAYA CINTAKU.  Kek ini  boleh dibakar atau dikukus. Saya buat versi kukus.Terima kasih ye..



Resepi:


BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:
letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Pastikan karamel td memenuhi ruang loyang tu . dah siap ketepikan..

STEP 3:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ 
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

STEP 4:
kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:
 kukus sampai masak  dlm stgh jam

****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dikacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend (blend sekejap)

CARA :
~ satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

~ tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi

~ kukus sampai kek tu betul2 masak.. dlm 1 jam stgh

~ dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru di terbalikkan kek.. simpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan






Thursday, February 2, 2012

Lambatnya...

Hari ini ada appointment dengan doktor,check darah tinggi...oleh kerana tidak mahu menyusahkan kawan2 untuk  relief, saya ke klinik jam 12.00 tgh walaupun appointment jam11.00 pagi. bagus jugak pergi lewat, tak payah tunggu lama. 15 minit dah settle check darah dan jumpa doktor.

Lepas tu kena ambil ubat pula, biasalah orang darah tinggi tak boleh putus ubat...saya dapat nombor 2171, nombor semasa 2089... bayangkan..

dengan penuh sabar saya menunggu, akhirnya pukul 2.00 ptg baru nama saya dipanggil. dek kerana letih menunggu, saya cancel semua plan hari ini...

Adakah situasi yang sama berlaku di klinik swasta?... sabar ajelah kerana aku orang kerajaan..