Nufnang Ads

Friday, January 27, 2012

CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE

Cuti Tahun Baru Cina digunakan sepenuhnya untuk mencuba resepi, selain memenuhi undangan kenduri kahwin. Saya telah mencuba CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE. Resepi dirujuk dari blog secubit garam. Terima kasih. 

Sepatutnya kek ini mempunyai 3 layer yang jelas, namun saya agak confius dengan resepi yang diberi menyebabkan warnanya hampir sama. chocolate dan cappucino emulco mempunyai warna yang hampir sama dan kuantiti yang diguna juga sama menyebabkan tiada perbezaan yang ketara. Mungkin kuantiti untuk  chocolate emulco tu kena lebih sikit kut... maaf kepada penyumbang resepi jika andaian saya ini kurang tepat...atau saya yang tak pandai baca resepi.. tapi rasanya memang hebat, sedap!

hiasan dengan gerak hati..



CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE
(saiz loyang springform 23cm/9in)

Bahan:
A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan

B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco (* saya rasa kena lebih sikit kut..)

Cara:
A:
Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C: 
Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau. 
Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

* cappucinno dan chocolate emulco boleh dibeli di kedai bahan2 baking ...





Thursday, January 26, 2012

CAPSICUM

Capsicumku dah berbuah, teruja sangat! ingatkan kat Cameron Highland je pokok ini boleh hidup, tapi di belakang rumah kami pun dia boleh hidup subur.

 Benih capsicum ini diambil dari taman pertanian SMKDJH. terima kasih cikgu Jusa..

tinggal 3 biji je... 1 dah gugur ke tanah..




bila agaknya boleh petik..

Monday, January 16, 2012

TINGGI2 SI MATAHARI

Sabtu lepas kami berpeluang menonton teater Tinggi-tinggi Si Matahari di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis. Teater ini dipersembahkan oleh Produksi Pentas Digma, UiTM Perlis. Difahamkan teater ini telah memenangi 7 anugerah pekan teater Uitm Perlis 2011.Masuk percuma!

Teater ini mengisahkan tentang Moid yang baru seminggu mendirikan rumahtangga bersama kekasih tercintanya Murni. Walaubagaimanapun mereka menghadapi krisis yang menyebabkan Moid menjadi tidak tentu arah. Baru seminggu menikah, sudah hendak bercerai. Hal ini disebabkan salah faham yang tidak disengajakan. Murni sengaja menjauhkan diri daripadanya. Keadaan menjadi kucar-kacir apabila ibu bapa Moid mula masuk campur..









crew dan pelakon

Bagus! Para pelakon dapat menghayati setiap watak dengan baik. Tahniah dan syabas kepada pelajar Uitm yang terlibat. Satu hasil seni yang harus diberi pujian. Harap mereka akan terus cemerlang..

Saturday, January 14, 2012

TEPUNG PELITA


Bagi wanita bekerja, hari minggu memang dinanti2kan. Macam-macam kerja hendak diselesaikan, nak jogging , nak basuh, gosok baju, nak masak dan 1001 kerja lain. Begitu juga saya,minggu ini saya nak cuba resepi tepung pelita. Dah lama teringin nak buat. Resepi ini saya ambil dari dapur mamasya. Memang menjadi la. Terima kasih.






Tepung pelita

BAHAN :
Lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air 
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air- letak 1 sk esen pandan 
Lapisan atas:
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
4. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan


Monday, January 9, 2012

SAKIT, PENING, SUSAH, SENANG

Sakit, pening. susah dan senang semua datang dariNya. Redhalah dengan segala ketentuanNya, namun begitu kita juga digalakkan berusaha dan berikhtiar untuk mencari penawarnya.

Semalam aku ziarah kakak yang terlantar sakit. Sayu melihatnya yang hanya terlantar di katil tanpa dapat berkata-kata. Hanya air mata berbicara tatkala aku berbual dengannya. Aku pasti dia ingin berkata sesuatu padaku, tapi tidak mampu..kak, adik doakan kak akan cepat sembuh...

mungkinkah suatu hari nanti aku juga akan jadi seperti kakak, terlantar dikatil hanya menunggu maut menjemput..

Sejurus selepas itu aku menerima panggilan dari abang ketiga memaklumkan anaknya hafis (anak saudaraku) pula dimasukkan ke hospital. dugaan apakah ini? Hafislah anak saudara yang paling banyak membantuku tatkala kami membina rumah di kampung. sehingga kini pun dialah yang kami cari jika ingin sebarang bantuan. dia tidak pernah lokek untuk membantu...

melihatkan keadaannya, aku amat bersimpati. kata doktor tekanan darah terlalu tinggi. tapi.. hafis baru 30 tahun, tak mungkin dia menghidap penyakit berbahaya ini. mungkin juga dia meghadapi masalah peribadi yang menyebabkab dia terlalu banyak berfikir, jadi dia tidak dapat tidur. inilah penyebabnya... sabarlah hafis.. mak tam doakan hafis cepat sembuh dan tabahlah menghadapi setiap dugaan yang mendatang..

Sunday, January 1, 2012

SEKOLAH SIAM

Sebagai cikgu kemana pun pergi pasti sekolah mencuri tumpuan. Oleh itu semasa melawat Selatan Thailand baru2 ini sekolah di sana amat maenarik minatku. Kebetulan pulak sekolah itu bersebelahan dengan rumah sepupu dan juga seorang lagi sepupu menjadi cikgu di situ. Tak pasti pula nama sekolah ini kerana ditulis Siam. Tak faham...Ini sekolah rendah dan menengah sekali. 

Sekolah di sini bermula 9.00 pagi dan tamat jam 4.30 petang. Yang menariknya, mereka tidak dikenakan yuran malah makan tengah hari disediakan untuk semua murid tidak kira miskin atau kaya. Begitu juga uniform dan buku2. Semuanya dibantu kecualilah jika hendak yang lebih mahal atau berjenama kena beli la sendiri.

jalan utama sekolah..

gambar dari luar pagar sekolah

rasanya ini pelajar prasekolah, kebetulan time ini waktu tidur mereka.. sekitar jam 3.30 ptg

sejurus bangun tidur, kena berus gigi sebelum pulang ...

mereka amat berdisiplin walaupun tiada guru memantau...

berus gigi tepi longkang

pemandangan bahagian depan sekolah

uniform mereka hampir sama dengan kita... kebanyakan pelajar di sini beragama Islam

Dari segi kemudahan, sekolah Malaysia jauh lebih baik. segala kelengkapan canggih disediakan, tapi di sini hanya kemudahan asas sahaja yang ada. jalan pun tidak berturap, jauh sekali aspek keceriaan dan kebersihan. Parking kereta guru hanya beratapkan zink buruk, mungkin guru itu buat sendiri.

Ingin sekali berbual dengan guru2 di situ, sayangnya mereka tidak faham bahasa melayu, jauh sekali bahasa Inggeris. Malas pulak nak ganggu sepupu yang tengah mengajar...

sekolah di sana tidak perlu pak guard, orang luar bebas keluar masuk kawasan sekolah. mungkin di sana tidak ada kes jenayah melibatkan budak sekolah kut....