Nufnang Ads

Saturday, December 31, 2011

JALAN-JALAN SIAM (THAILAND)

Kami bertolak ke Siam sekitar jam 3.30 petang dan sampai di tempat yang ditujui kira-kira 5.00 petang. Cepat kan... Kami melalui post Durian Burung kira-kira 25 km dari Pekan Kuala Nerang. Post ini masih kurang popular berbanding Padang Besar, Bukit Kayu Hitam mahupun Wang Klian. Oleh kerana kami lebih dekat dengan durian Burung jadi kami mengambil keputusan ikut di sini walaupun sepanjang perjalanan hanya hutan dan kampung menghiasi pemandangan.

Sebenarnya menurut sejarah,  bapa sebelah ibu (datuk kami la..), orang sana. Lagi pun Selatan Siam suatu ketika dahulu adalah jajahan Kedah. Jadi sehingga kini kami masih mempunyai seorang ibu saudara dan ramai juga sepupu sepapat yang bermastautin di sana. Mereka juga sering turun ke Kedah .

Misi kami lebih kepada menziarah saudara mara bukannya makan angin... 

 inilah tempatnya... ban bermaksud kampung

ini bukan kedai makan ye...makan tengah hari di rumah seorang sepupu..wakaf di luar rumah

sedap walaupun sangat simple...

ulam, pucuk kasak

minum petang di rumah seorang lagi sepupu 

kuah kuew teow ladna... homemade 

koew teow ladna

somtam versi kanak2

versi orang dewasa

memang orang Siam pandai masak... kedua2 menu di atas sangat sedap. ori...

breakfast nasi kerabu dan pulut panggang

ada bihun merah dalam nasi kerabu, sedap jugak..

nat (pekan sehari) Saba Yoi


post Durian Burung sebelah Siam ... belum siap
sebelah Malaysia dan cantik dan sangat selesa, lupa nak ambil gambar

Sebagai rumusan, saya rasa kita sangat beruntung menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman dan makmur. Pelbagai kemudahan disediakan kerajaan untuk dinikmati oleh rakyat. Secara jujurnya boleh dikatakan negara kita adalah 10 kali lebih baik daripada Thailand. Bersyukurlah...

Wednesday, December 28, 2011

APAM MENTEGA

Awal2 pagi dah masuk ke dapur hari ini. Semangat nak buat apam mentega yang khabarnya sangat sedap. Cadang nak bawa apam mentega ini sebagai buah tangan kerana pada petang nanti kami nak ke Thailand melawat saudara mara di sana. Resepi ini diambil dari blog Sofea. terima kasih ye.. Tidak rugi mencuba, memang sedap dan cantik sekali. Harap2 orang Thailand akan suka apam ini...

gebu dan sedap



siap untuk dibawa...

tambah ayam goreng sebagai bekal..
Sesiapa yang nak cuba boleh refer resepi di sini.

 

APAM MENTEGA

Bahan-bahan ( +-50 biji )

(A) Bahan2 utk gula hangus:
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

(B)
3/4  cawan gula castor 
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan  
    berwarna perang. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan  
    masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan  
    ketepikan.
2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
3. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
4. Perap selama 1/2 jam.
5. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh  
    kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
    Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya  
    wap tidak jatuh ke bawah.
6. Cuba lah..



Sunday, December 25, 2011

ex-SKKN & ex-SMDSA

Dalam cuti sekolah ni banyak cerita tertunggak. Nak kata sibuk, tak ada buat apa2 pun. Tak berapa rajin kut... 

Pada 10 Dec yang lalu kami buat mini reunion di rumah Mizah. Dah 30 tahun tak jumpa, sejak lepas SPM 1982. Masing-masing dengan haluan sendiri.

Dek kerana kecanggihan teknologi kini, kami dapat berhubung kembali melalui facebook. Itu pun secara maya sahaja. tak pernah jumpa..Alhamdulillah dengan keizinanNya,  kami dapat jumpa juga. Seronok sangat! Pelbagai cerita dibualkan, termasuklah momen dirotan cikgu matematik ( Cikgu Ibrahim) yang sehingga kini masih segar dalam ingatan kami...

Yang pasti masa tidak dapat mengubah tali persahabatan kami yang sangat utuh, tetapi masa telah mengubah fizikal kami secara total. Ada yang maintain, tidak kurang yang telah mengembang...

Harap2 lain kali kami dapat mengumpul lebih ramai ex-SKKN (1972-1977) dan ex-SMDSA (1978-1982) untuk berkongsi cerita dan mengimbas kembali kenangan indah zaman persekolahan..


Jariah Othman

Azizah Mat Isa

Abdul Ghani Majid

Noor Hamizah Hussain




Thursday, December 22, 2011

SYUKUR

Tiada apa yang lebih membahagiakan ibu bapa selain kejayaan anak-anaknya. Semalam adalah hari yang sangat membahagia dan menggembirakan kami sekeluarga atas kejayaan anak kami MUHAMMAD ADAM FAHMI B. AHMAD TARMEZE kerana kejayaannyanya mendapat 8A dalam PMR.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memakbulkan doa kami sekeluarga. Kejayaan ini juga adalah hasil usaha gigih guru-guru SMSTSP, kerja keras pelajar, doa ibu bapa serta keizinan daripadaNYA. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru SMSTSP dan pelajar-pelajar PMR yang melakar kejayaan cemerlang ini.



Adam yang sangat pemalu...

formasi 8A daripada pelajar2 , 83 0rang semuanya..


pemberita berkampung di SMSTSP kerana mencatat peningkatan cemerlang dalam PMR 2011

TAHNIAH!

Wednesday, December 7, 2011

BINGKA TEPUNG BERAS

Kuih untuk minum petang ini ialah bingka tepung beras. Resepi ini diambil dari dapur Yatie Sinar Kehidupanku. Terima kasih kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ini. Silalah cuba untuk mengetahui keenakan kuih Melayu ini...


walaupun rupa kurang menarik tapi rasanya sangat sedap...



Bahan-bahan:
* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) 
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tpng jagung 
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam

Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak  berkerak).
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit,             kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. 
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih     panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

 



Tuesday, December 6, 2011

SERI MUKA PANDAN

Seri muka lagiii! Kali ini lebih puas hati sama ada dari segi rasa mahu pun rupa. Lapisan atasnya equal dengan lapisan pulut. baru sedap..

permukaannya lebih licin




Resepi ini dirujuk dari blog Ummi. Terima kasih berkongsi resepi yang sedap ini.

Bahan (Lapisan Bawah):-
  • 2 cawan pulut - rendam 3 - 4 jam
  • 2 1/2 cawan santan cair 
  • 1 sudu teh garam halus
Bahan (Lapisan Atas):-
  • 2 cawan santan pekat (saya guna RM1 santan +1 cawan air)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 biji telor

Cara (Lapisan Bawah):-

  1. Basuh dan toskan pulut. Masukkan pulut ke dalam loyang bulat 8 inci. Ratakan.
  2. Kacau sebati santan cair dan garam dan tuangkan ke dalam loyang berisi pulut dan kukus selama lebih kurang 25 minit/hingga pulut masak.
  3. Tekan-tekan pulut dengan penekan kek lapis atau gunakan plastik. Tekan biar padat. Sediakan bahan lapisan atas.

Cara (Lapisan Atas):-

  1. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. (saya masukkan dlam blender dan mesin sekejap)
  2. Tuang perlahan2 ke atas pulut yang ditekan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 - 35 minit. (Balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air wap tidak menitis ke atas kuih).
  3. Sejukkan kuih betul-betul dan potong dengan pisau plastik.

Monday, December 5, 2011

PUTERI AYU


Puteri ayu yang sedap ini dibuat sebagai buah tangan untuk dibawa ke rumah abang yang baru pulang dari mengerjakan haji tempohari. Macam terlebih warna la pulak...



Resepi ini diambil dari blog Azita 

 Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji ) : (saya dapat lebih daripada 45 biji)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan (guna daun pandan dikisar pun boleh gak)
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi

Cara-cara :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan


SERI MUKA

Kuih seri muka merupakan kuih kegemaran. Ada kuih seri muka hijau guna daun pandan sebagai pewarna dan ada juga seri muka gula melaka yang warna coklat. Dua-dua pun sedap...

Saya cuba seri muka pandan tetapi merujuk resepi dari Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com (terima kasih) yang membuat seri muka gula melaka. Saya adjust serba sedikit supaya jadi seri muka pandan kerana rumah saya banyak daun pandan yang hidup subur, tetapi sebenarnya saya malas nak masakkan gula melaka tu..




lain kali kena tambah lagi lapisan atas, baru best...


berkedut la pulak permukaannya, tapi rasanya memang sedap..

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil) ( saya ganti dengan memesin 8 helai daun pandan bersama 1/2 cawan air)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.(ganti dengan air daun pandan)
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.

Sunday, December 4, 2011

SAIFUL MASTERCHEF

Umur: 26

Asal: Kuala Penyu, Sabah

Pekerjaan: Penoreh Getah

Hidangan Kegemaran: Masakan Barat

Lokasi Percutian Kegemaran: Pantai Kuala Penyu

Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Masakan Yang Mudah

Pencuci Mulut Kegemaran: Aiskrim

Sweet or Savoury: Sweet

Chilli or Garlic: Chilli

* sumber website mastercef Malaysia

Saya sangat teruja menonton rancangan masterchef Malaysia setiap malam. Bangga sangat tengok anak-anak muda yang sanggup melalui cabaran dan rintangan dalam setiap ujian mastercef. calang-calang orang boleh tersungkur..


Dalam banyak-banyak peserta, saya paling kagum kepada anak muda yang bernama Saiful. Dah 8 kali melalui ujian penyingkiran, tetapi dia tetap tenang dan masih mampu bertahan. Tahniah Saiful!


Wajahnya sangat tenang, tabah melalui setiap ujian, bersedia menerima apa jua komen juri, tidak menunjukkan riak terlalu gembira apabila setiap kali terselamat dari ujian penyingkiran menyebabkan saya berpendapat anak muda ini sangat kuat, cekal dan mempunyai semangat juang yang kental.Tidak mustahil anda akan berjaya suatu hari nanti. teruskan Saiful...


Saiful, jangan sesekali rasa rendah diri, walaupun anda hanya seorang penoreh getah kerana setiap orang berhak mempunyai impian dan setiap orang juga berhak menggapai impian tersebut jika terus gigih berusaha.. Anda selayaknya patut berbangga kerna berada di top 14. Orang lain boleh ke?


Buktikan bahawa anda seorang yang hebat!

KAKTUS BERBUNGA

Dah lama tak jengok pokok-pokok bunga. tanam rajin, tapi nak menjaganya malas sikit...kalaulah orang, pasti pokok2 ni dah merajuk, jauh hati kerana tuannya kurang memberi perhatian. tapi kaktus ini tak pandai merajuk la, ia tetap berbunga dengan cantiknya, mekar sekali...





lawa..

ROTI ARAB

Roti arab yang sedap dan mudah dibuat. Dah 2 kali cuba resepi ini, kali ini lebih menjadi dan cantik bentuknya. Kembang menawan gitu.. Roti ini dimakan dengan kari ayam atau daging, baru rasanya terangkat.. tekstur tetap lembut walaupun telah sejuk. Cuba lah, pasti puas hati. Resepi ini diambil dari blog ini. terima kasih kepada penyumbang resepi..




Inilah resepinya, saya buat separuh je daripada adunan asal

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 150 ml air suam
  • 3 g yis
  • 250g tpg gandum
Cara-caranya:
  1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. Tepung di gaul dengan yis (saya bancuh yis dengan air suam dan sedikit gula, biar naik)
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. Perap selama 1jam dalam bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dan canai nipis.
  6. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.