Nufnang Ads

Tuesday, November 15, 2011

MASJID TERAPUNG KUALA PERLIS

Kuala Perlis kini mempunyai sebuah masjid terapung yang mengadap ke Laut Cina Selatan. Seni bina yang menarik adalah ilham Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin. Masjid ini dinamakan Masjid Terapung Al-Hussain sempena nama Datuk Dr. Mohd Hussain yang merupakan pengasasnya.
Masjid ini dibuka pada 8 Oktober 2011. Diperbuat daripada pelbagai bahan mineral tanpa sebarang cat. Berupaya menampung sehingga 1000 jemaah dan mesra OKU. Hanya mengambil masa 3 minit dari jeti Kuala Perlis ke masjid dengan berjalan kaki.











Cantik dan sangat unik..

Friday, November 11, 2011

CABUTAN BERTUAH

Lazimnya sesuatu majlis akan jadi lebih meriah jika ada acara cabutan bertuah. Begitu juga pada majils jamuan akhir tahun SMKDJH yang diadakan di Hotel seri Malaysia, Kangar baru-baru ini. Bagi tidak menghampakan hadirin pihak penganjur telah menyediakan pelbagai hadiah. Kiranya semua orang akan mendapat cabutan bertuah ini, tetapi hadiah tersebut seolah-olah dipilih sendiri kerana apabila nombor anda dipanggil, kita perlu pulak mencabut satu nombor yang disediakan. Berdasarkan nombor tersebut kita akan mendapat hadiah yang sepadan dengan nombor itu. Best la juga cara ni...

Tuan Pengetua kami dikira paling bertuah kerana mendapat kipas angin dan Puan Bebe Zainab mendapat hadiah misteri, kira cabutan mega la..

Aku seperti biasa tidak begitu bertuah, tetapi aku amat menyukai hadiah ini. Sehelai alas meja bersulam yang cantik sekali. Hadiah ini disponsor oleh Puan Rohana. Terima kasih Ana....




Terima kasih En. Mohshin




Puan Rohana, di sebelah kanan


cantik kan...





PUDING ROTI

Petang tadi cuba resepi puding roti memandangkan roti yang dibeli dah hampir expired. Resepi ini diambil blog nanirostam. Cara nak buatnya mudah dan rasanya juga sedap.

Puding saya ini agak terlebih bakar. Pada mulanya dah elok, tapi sebab nak garing sikit, biarlah sekejap.. Lepas tu terlupa pulak kerana asyik dok update blog sekolah. Inilah jadinya.. nasib baik tak hangus...





Tuesday, November 8, 2011

BUKU TEKS

Musim persekolahan sesi 2011 akan berakhir kurang dari 2 minggu lagi. Semua pelajar dimestikan memulang semua buku yang dipinjam, jika hilang atau rosak mereka wajib menggantikannya bagi membolehkan pelajar lain pula meminjamnya pada tahun depan.

Begitu juga Amir, dia dikehendaki memulangkan buku esok. Ayahnya dah bising suruh dia mencari dan memastikan bilangan buku tersebut. seperti biasa anak ini tidak begitu kesah, bilangan buku pun dia tak pasti berapa. Namun dia masih mematuhi arahan supaya mengumpul semua buku teksnya. sekejap saja dah siap.

Ayah: Amir, dah cukup semua buku?
Amir : dah ayah.. (dengan yakin sekali)
Ayah : berapa semua?
Amir : ( hanya mengangkat bahu ) menandakan dia sendiri pun tak pasti..

Ayah pun mengikat kemas dan meletak di satu sudut bilik.

Pada sebelah petang, ketika amir sibuk membuat origami melalui youtube, ayahnya mengemas rak buku ( ayah amir sangat rajin berkemas, mungkin juga dia musykil dengan bilangan buku amir). Maka terjumpa lagi 3 buah buku teks yang amir sendiri tidak tahu akan kewujudannya...

inilah penangan anak bongsu yang tak makan saman...




Monday, November 7, 2011

JUADAH BLOGGER

Juadah Aidil Adha kali ini semua dirujuk dari dari dapur blogger memasak yang hebat2. Tapi hasil air tangan saya tak lah 100% menjadi seperti blogger2 tersebut. Namun saya sangat berbangga dengan rasanya yang sedap walaupun rupanya tak sama. maklumlah saya budak baru belajar..



Kek Lapis Cheese Pesona dari dapur http://yatiememories.blogspot.com/2011/10/kek-lapis-cheese-persona.html yang mana resepi asal dari http://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html. Rasanya sangat sedap! anak2 semua suka. Lain kali boleh cuba lagi supaya rupanya sama seperti yang ryo buat. terima kasih kepada ryo yang mencipta resepi ini.


Kek Batik Marie ini juga dari resepi yatiememories yang sumber asalnya ummizaihadi. Saya yang tambah topping atas tu sebab ada lebihan cooking choc dari aidil fitri lalu. Rasanya juga sedap dan mudah nak buat. Cubalah..


Gambar background adalah ketupat hasil air tangan sendiri bersama kakak ipar juga anak gadisku, Shiha. Rendang pula dari ummizaihadi . Saya memotong ayam kecil-kecil supaya mudah dimakan, resepi asal ayamnya dipotong lebih besar. Terpulang kepada selera masing-masing. Resepi ini juga sedap sekali. Terima kasih kepada Ummi yang resepi asal dari chef Hanieliza.
Nasi briyani dengan ayam masak kicap madu bercili. Nasi Briyani adalah resepi segera maggi yang diberi beberapa penambahan agar lebih kena dengan selera keluarga. Ayam masak kicap pula dari dapur http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/search/label/Ayam . Ayam masak kicap ini sangat kena dimakan bersama nasi briyani maggie. Manakala acar timun dan nenas adalah resepi sendiri.






Chocolate Orea Jelly juga dari resepi ummizaihadi . Hasilnya tak sama macam Ummi buat. Kali pertama saya buat lebih sedap kerana guna susu cair berbanding kali kedua yang menggunakan susu segar. Terima kasih semua yang menyumbang resepi yang sedap2 ini.