Nufnang Ads

Tuesday, October 18, 2011

DENTIST

fobia bila nak jumpa dentist. kalau tak kerana terpaksa rasanya tak nak jumpa dentist ni.. stigma kan.. sepatutnya kita kena jumpa dentist setiap 6 bulan untuk memastikan gigi putih berseri dan tahan seumur hidup. gigi cantik senyum pun menawan. gigi rongak rosaklah penampilan..

seingat aku, aku selalu berjumpa dentist semasa sekolah dulu. itu pun terpaksa kerana ikut jadual yang ditetapkan... kenapa takut? sakit, ngilu..tapi tak ada orang mati pun jumpa dentist...

tapi, tahun ini sahaja aku dah 3 kali berjumpa dentist. kesedaran baru timbul dikala umur 46 tahun, dah banyak gigi yang rosak.. aku tak mahu terus-terusan gigi rosak dan perlu dicabut. menyesalnya...

pada awal tahun yang lalu, aku jumpa dentist untuk cuci gigi. seramm juga tapi ok je.. doktor cakap banyak gigi perlu ditampal untuk elak terus rosak. kali kedua jumpa untuk tampal. selepas tampal rasa sangat selesa dan tak ada masalah lagi untuk makan makanan keras. bestnya.. hari ini sekali lagi jumpa dentist, tak takut dah untuk tampal lagi.

lepas tu, doktor kata semua dah ok...

sebenarnya, bukan sakit pun tapi 'seriau' je... tak mati pun..

Monday, October 17, 2011

WANG KELIAN

melayan anak bongsu yang kebosanan, tambahan pula apabila dia dapat tahu kakak2 dan abangnya asyik berjalan saja..mula dengan angah ke pulau pangkor, menyusul pula along ke destinasi sama kemudian adam pula ke vietnam menyebabkan dia rasa ditinggalkan.

bagi mengubati kebosanan kami membawanya ke wang kelian di sempadan thailand. hari ahad ada pasar minggu. pelbagai barangan dijual di sini. Amir telah membeli sepasang baju hujan dan teropong.

kemudian, kami berkelah di gua kelam. kerana ketiadaan kakak dan abang, ayah terpaksa menjadi peneman Amir mandi...Amir tersenyum puas apabila dapat shopping dan mandi di gua kelam.. kata Amir dia nak bawa abang dan kakak2nya ke sini apabila mereka pulang nanti.. dia sangat merindui mereka..





















MASAK-MASAK

Sejak akhir2 ini aku minat sekali membaca blog masak memasak. dari situ timbul pula rasa nak mencuba resepi-resepi ringkas tapi cantik ni. kepulangan angah minggu lepas menguatkan lagi semangat untuk try resepi ini. inilah hasilnya resepi apam dari blog yang telah dijelajahi. terima kasih kepada penyumbang resepi..





Monday, October 3, 2011

PMR 2011

Selamat menduduki PMR kepada abang, MUHAMMAD ADAM FAHMI di SMSTSP. Mama dan ayah doakan abang diberi ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, diberi kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan dan dipermudahkan segala urusan abang. Di samping itu sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t kerana Dia yang akan menentukan segalanya.

Mama juga mendoakan abang dapat melakukan yang terbaik kerana mama yakin dengan kemampuan abang berdasarkan percapaian cemerlang selama ini. Insyaallah semuanya akan berjalan lancar. Amin..


abang semasa membuat passport tempohari



lepas PMR abang akan berlepas ke Vietnam untuk projek R&D sekolah..