Nufnang Ads

Sunday, September 18, 2011

HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA YANG BERSEJARAH



Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini telah mencipta sejarah dalam keluarga kami. Mana kan tidak, angah anak keduaku merupakan salah seorang peserta yang menjayakan formasi di atas.


Menurut angah, lebih 2000 orang pelajar IPGM terlibat dan mereka membentuk 72 formasi sepanjang lebih 3 jam. Hebat! Kami telah menonton setiap formasi yang dibuat secara langsung di kaca TV. Tahniah kepada instructor dan peserta kerana dalam masa 2 minggu mereka berjaya melakukan dengan baik sekali.


Mama pasti rakyat Malaysia juga kagum dengan persembahan ini. Yang lebih penting pengalaman ini tak mungkin angah dapat di tempat lain. Angah patut bangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung untuk menyambut hari yang sangat bermakna ini.


'TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA'

Wednesday, September 14, 2011

AMIR, JAMUAN RAYA & SUKANEKA

isi air dalam botol... Amir menang



tiup belon sampai pecah... belon Amir tak pecah pun


duit raya



Bukit Ayer