Nufnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Hari Internet Banking

Kebetulan taklimat ICT yang dihadiri habis awal, aku mengambil kesempatan ini untuk melunaskan kerja-kerja yang tertunggak dek kesuntukan masa.


Aku ke bank untuk mendaftar mobile phone bagi tujuan internet banking. Transaksi tidak dapat dibuat, kononnya aku tidak mendaftar, walaupun aku yakin telah pun berbuat demikian semasa mendaftar di mesin ATM dulu. Mungkin polisi baru...

selepas mengisi borang, aku diberi nombor. 10, 20, 30 minit, masih belum dipanggil. Akhirnya aku bertanya pada staf di situ. barulah borang aku dan beberapa yang lain diambil dan diletakkan dalam satu tray. Tunggu lagi.... 1o dan 20 minit kemudian, namaku dipanggil. Kejap je prosesnya, siap. Tapi... menunggunya bukan main lama. Aku perhatikan tak la banyak sangat pelanggan, cuma beberapa kerat je, tu pun urusan lain..

Ok, aku ke sebuah lagi bank untuk tujuan yang sama. aku terus ke mesin ATM untuk mendaftar . Aku yakin aku tidak menghadapi masalah kerana dah ada pengalaman dengan bank lain, tapi ada seorang staf dengan penuh sopan menolong aku tanpa diminta. Selesai, Cepat!

"kena daftar handphone pulak ka?" aku mengambil langkah berjaga2 kerana pengalaman dengan bank pertama tadi.

"tak payah, dah siap", lalu dia menghulurkan souvenir kepadaku. dah la cepat, dapat hadiah lagi. Terima kasih.


bank pertama
dek kerana boring aku pun snap gambar ni...

menunggu....

Souvenir dari bank kedua

2 bank, 2 macam caranya. tapi diharapkan semua bank dapat memastikan service yang ditawarkan selamat dan menyenangkan pengguna.

Sunday, January 23, 2011

BLOGGER UNTUNG RM1 JUTA

woww! hebat, itulah tajuk muka depan Berita Harian hari ini. hanya menulis di blog kita mampu meraih 1 juta. Boleh ke jadi macam tu..



yang penting blog mesti menarik, kreatif , isu yang meletup dan punya pengikut berjuta..dan yang maha penting mesti mendaftar dengan syarikat pengiklanan..




Mengapa penulis blog boleh menjana pendapatan sedemikian rupa? jawapannya mudah.. kita sekarang kurang keluar bersosial, jarang berjumpa rakan face to face, jarang melawat saudara mara dan macam-macam lagi yang jarang.Kita lebih rela seharian mengadap komputer...




Jadi, blog menjadi medan meluahkan perasaan, menghebahkan aktiviti seharian, memaklumkan di mana kita berada waktu cuti, menjual produk, belajar memasak, belajar menghias, menjemput saudara mara ke kenduri kahwin. Hatta juga sebagai medan untuk 'menunjuk2 '.




Melalui blog, pembaca akan lebih mengenali dan memahami blogger, menyayangi blogger melebihi insan yang berada serumah dengan mereka. kerna, lazimnya orang serumah tidak akan membaca blog orang yang paling rapat dengan mereka..



Pembaca akan sentiasa menunggu2 entri terbaru dari blogger kegemaran mereka, nah! di sinilah blogger mengumpul keuntungan..Mereka sebenarnya tidak peduli sama ada tulisan itu benar atau tidak, yang penting tulisan itu diolah dengan menarik seolah2 ianya sangat BENAR..

untungnya orang yang mempunyai bakat menulis..

Tuesday, January 18, 2011

sambungan... handbags

Hari ini aku terkejut besar bila ditegur oleh seorang rakan dari belakang.

"ooii kakkkk, cantiknya beg, Nine West lagi... saya sukaaaa sangattt beg Nine West"

"beli kat mana? KL ka?" dengan nada yang sangat teruja..

Dalam hati aku, " ek eleh dia ni, biar betulll, aku dah pakai 3 minggu, takkan dia tak perasan"


"Nak ambik gambaq la, nanti nak suruh adik saya beli"

Cepat-cepat dia snap beg yang tergalas di bahu aku tu, tak sempat nak ready la pulak...


Dalam hati bangga la jugak, sebab beli kat oversea, hello! bukan KL la..

Rasanya kalau aku di tempat dia , aku takkan beli benda yang sama..lagi pulak aku tak akan tunjuk depan orang bahawa aku amat suka benda itu, cover la sikit...

Kini barulah aku sedar bahawa beg aku ni berjenama rupanya.... sorry Along, mama sebenarnya tidak tahu jenama2 ni, janji handbag...

Monday, January 17, 2011

Handbags

Aku sangat pasti, jika namanya wanita dia akan menggemari handbag. Mereka akan melangkah dengan penuh yakin jika handbag yang disandang mengikut trend terkini, tambahan pula kalau berjenama mewah.



Aku tidak terkecuali, tergolong dalam kalangan wanita yang amat mencintai dan menyukai handbag. Jika berpeluang ke shopping mall aku pasti akan ke bahagian handbag walaupun sekadar tengok2 . aku tidak la memandang jenama, jika handbag itu aku suka, aku akan beli. Mungkin juga kerana aku bukannya bergaji besar.. Walaupun tidak memandang jenama, aku tidak mahu handbag pasar malam ye.
Hip0krit!



Banyak juga la koleksi handbag aku.. tetapi handbag2 di bawah merupakan antara handbag kesayangan aku. Sebabnya...






Pemberian adikku, pada akhir tahun 1994. Dibeli di USA semasa dia belajar di sana. Terima kasih Pak Su. Rasanya dia pun tak percaya, beg pemberian dia masih elok walaupun dah 17 tahun..



Yang ini lagi istimewa, pemberian anakku. Dari Australia. Beberapa hari yang lalu, seorang rakan menegurku. "beli beg kat mana? mahal ni jenama Nine West". Mungkin dia familiar dengan jenama ni. Terima kasih Along..




Yang ini juga dari Australia, pemberian Along, belum digunakan kerana nak beli kasut merah dulu, biar sedondon.. Yang pasti aku akan pakai pada hari2 istimewa sahaja.






Friday, January 7, 2011

Salah Siapa...

lazimnya banyak perbelanjaan terpaksa dilangsaikan pada awal tahun. Baju sekolah, yuran sekolah, yuran asrama dan segala macam lagi. Jika dhitung, melebihi 2k. Oleh kerana pada musim cuti berjalan sakan, dah over budget, jadi terpaksalah aku mengeluarkan duit ASB bagi membayar yuran anak di asrama yang jumlahnya hampir 1k. Aku keluarkan sikit saja, kerana duit pun bukan banyak.. selesai keluarkan duit aku tengok bakinya sepintas lalu dan masukkan dalam beg tangan. Aku terperasan banyak juga bakinya, mungkin kerana aku potong gaji setiap bulan dan dicampur pula dengan dividen dan bonus yang baru kerajaan bagi tu.. aku tak kisah pun..


hampir 5 petang aku terima call dari nombor yang tidak dikenali.

"makcik ada keluarkan duit ASB ke tadi?" tanya suara dihujung sana tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu.

"ya", jawabku ringkas

"saya dah tersilap key in, saya key in masuk bukan keluar", tanpa memohon maaf pun.

patut la aku terperasan banyak tadi...

"boleh tak makcik datang sekarang ke pejabat pos, saya kena keluarkan sekarang jugak sebelum pukul 5", sekali lagi aku menunggu dia memohon maaf.

aku yang sudah bersantai sakan di rumah, terpaksa bersiap semula kerana jam sudah menunjukkan 5 minit lagi ke 5 petang.

jadi salah siapa sebenarnya? kalau salah minta maaf je la..bukan sengaja pun, tapi semasa aku di pejabat pos dia tidak juga minta maaf..

benarlah kata orang, memohon maaf memang sukar... apa lagi untuk memaafkan, tapi aku seikhlasnya memaafkan dia tanpa perlu meminta...

Wednesday, January 5, 2011

Warna-warni Disember 2010

Disember 2010 bagiku penuh warna-warni. Kenangan terindah, pabila detik 2 disember kepulangan anak sulungku dari luar negara setelah menamatkan pengajiannya di sana. Kami menyambutnya di Lapangan Terbang kepala Batas dengan penuh kesyukuran. Terima kasih kepada Pak Lang (abang sulung), Mak lang (kakak ipar), Pak Teh ( abang kedua), anak2 saudara yang sudi datang menyambut NURUL NASHIHA dari Australia.



selamat kembali anakku..senyuman Pak lang menyambut kepulangan kakak



Nur Fatin Zafirah sampai tertidur menunggu Along..

Terima kasih kepada KPM kerana memberi peluang kepada anakku melanjutkan pelajaran di luar negara, aku pasti tidak ramai yang
mendapat peluang ini.
3 Disember pula merupakan detik bersejarah kepada anak bongsuku, Amir Daniel. Dia telah selamat disunatkan di Klinik Tibroni, Jitra. Tarikh ini sengaja dipilih kerana menunggu kepulangan along, itu permintaan Amir.



Alhamdulillah, selamat... sepatutnya sepupunya juga bersunat pada hari yang sama, tapi Luqman takut dan terpaksa membatalkannya...




5 Disember, kami mengadakan kenduri kesyukuran. aku namakan kenduri 3 dalam 1. Kenduri masuk rumah baru, walaupun dah agak lama rumah kami siap, kenduri kesyukuran kerana along selamat pulang dan kenduri bersunat Si Comel, Amir Daniel.


Terima kasih kepada jiran tetangga di Kg Tanjung , Kuala Nerang kerana bertungkus-lumus menjayakan kenduri ini. sesungguh semangat gotong-royong dan kerjasama masih kental di sini . Walaupun sudah agak lama meninggalkan kg ini,tapi semua jiran2 masih mengenaliku dan sanggup turun padang menolongku. jasa anda semua tidak akan dilupa..



17 - 19 Disember aku berpeluang melawat Singapura. Dah lama teringin nak ke sana. Walaupun pernah menetap di JB suatu ketika dahulu, aku tidak ada kesempatan ke sana. Uniknya Singapura...
gambar di atas - Orchard Road waktu malam


teruja di marina bay..


unik...



Sekembali dari Singapura, kami sekeluarga ke Bukit Merah



adik dan abang..


2 hari 1 malam di Penang


aparment yang selalu kami singgah jika ke Penang, harga berpatutan, sesuai dengan budget...



Dari Penang kami terus ke Melaka, balik kampung...
Kg Pondok Kempas, Selandar
depan rumah datuk...


Nama datuk (bapa mentuaku) diabadikan pada nama jalan..




berkelah, dalam perjalanan ke Melaka..




Amir sempat mengambil gambar rama2 yang sangat cantik semasa berhenti makan ...



Amir meninjau, kut2 ada lagi rama2 di sana..




25 Disember perkahwinan anis ( anak saudara) dan pasangannya herman
di Kesang, Melaka
Selamat pengantin baru..


bergambar bersama kakak2 , adik ipar dan biras.. sekali sekala berjumpa, meriah jadinya....



detik manis, cincin disarung ke jari...
tidak akan berulang untuk kedua kalinya...

26 Disember, selepas kenduri, sempat la juga berjalan2 di bandar Melaka

monorail yang baru beroperasi...



Along, Abang dan Amir naik river cruise...





Amir nak tengok buaya putih dalam perigi Hang Tuah..







Dalam perjalanan pulang ke Perlis, Amir merengek meminta ayahnya singgah di penang.
sekali lagi kami ke penang...




berehat di tepi laut berdekatan Queensbay mall




2010 ditinggalkan penuh dengan memori indah, percutian kami tidak disertai angah, anak keduaku. Dia tengah sibuk study di Matrikulasi Arau. Insyaallah lain kali angah akan dapat turut serta...
SELAMAT DATANG 2011...