Nufnang Ads

Friday, October 29, 2010

Pergi Tak Kembali

Jam 3.30 pg,29 Okt 2010, kakak keduaku, Zainab bt Awang Ahmad telah kembali ke Rahmahtullah. Beliau mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak dua tahun yang lalu. Perginya takkan kembali lagi... Hanya kenangan bersamanya menjadi memori untuk kami kenangi..


Istimewanya, dia seorang yang pandai memasak. Sebutlah apa saja jenis makanan pasti dia mampu menyediakan tanpa gagal. Setiap kali Hari Raya, rumahnya pasti menjadi tumpuan kerana dia akan menyediakan kami makanan tengah hari yang sangat istimewa, gulai ikan kering campur nangka, siakap masak tiga rasa, kerabu mangga, ayam goreng yang ditabur bawang goreng rangup, sambal belacan dan ulam-ulaman. Menunya akan berubah mengikut permintaan kami adik-beradik.







Dia juga pakar menyediakan acar limau, andai kami adik beradik mengadakan kenduri, pasti dia akan memasak acar limau istimewa ini untuk kami. Kini, tiada lagi...pasti.


Semuanya kini tinggal kenangan, semoga rohNya dicucuri rahmat. Kami redha dengan ketentuanMU, Ya Allah. Sudah menjadi resam dunia, yang hidup pasti akan mati, bila dan di mana, tidak mampu ditelah dengan akal manusia...Al fatihah untuk aruah Kak Nab...


Terima kasih kepada abang iparku yang menjaga Kak Nab dengan penuh sabar..


* gambar dari handphone, kurang jelas

Sunday, October 24, 2010

Istilah ICT B Inggeris - B Melayu

Berikut beberapa istilah ICT yang sering digunakan oleh para pelajar. Lazimnya kita lebih selesa menggunakan istilah ini dalam B. Inggeris. Namun begitu, kamu juga perlu tahu istilah-istilah tersebut dalam B. Melayu. Kekadang bunyinya agak kelakar dan janggal pada pendengaran kita, jika ada dalam soalan nanti, harap kamu semua faham apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut .

mouse - tetikus
keyboard - papan kekunci
save - simpan
printer - pencetak
input devices - peranti input
output devices - peranti output
scanner - pengimbas
software - perisian
hardware - perkakasan
delete - padam
hard disk - pemacu cakera keras
memory - ingatan
joy stick - kayu ria
storage - storan
Central processing Unit ( CPU) - Unit Pemprosesan Pusat
Electronic Mail - Mel Elektonik
Motherboard - Papan induk
Microfon - Pembesar suara
Random access memory - Ingatan capaian rawak
Read only memory - Ingatan baca saja
Graphic card - Kad grafik
Sound Card -Kad bunyi
Track ball - Bebola jejak

Wednesday, October 20, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah dapat APC bagi tahun 2009. Ini merupakan kali kedua aku dapat anugerah ini. Kali pertama tahun 1998 semasa di SK Chuping. Majlis anugerah ini telah diadakan di Dewan SMK Putra dan di sempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Perlis.

Terima kasih kepada pihak pentadbiran yang melihat kesungguhan kerja aku sepanjang 2009. Sejak kecil memang aku bercita-cita hendak menjadi guru. Justeru, aku bekerja dengan penuh ikhlas setelah cita2 aku tercapai. Sebenarnya, aku tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran, tetapi rezeki berpihak kepada aku walaupun aku masih dianggap baru di sekolah ini. Syukur..


Terjumpa rakan lama..

pakai batik sekolah (sbb tidak ada batik baru)

menjadi perhatian ramai kerana pakai baju sama...

Jamuan tengah hari

Tuesday, October 19, 2010

1 KPG 2010








Pelajar2 1 KPG tekun menyiapkan tugasan mereka.



Nota ICTL Tingkatan 1 dan 2

Kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 SMKDJH, sila buat ulangkaji semua nota ICTL yang telah saya bagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Kertas ICTL pada 29 Oktober 2010 jam 10.30 - 11.30 pagi. Klik di sini dan di sini untuk mendapatkan nota tambahan. Saya doakan anda semua berjaya.

Pertunangan Iffah

Pada Hari Raya Ketiga yang lalu telah berlangsung pertunangan Iffah, anak saudaraku. Diharapkan pertunangan ini mendapat berkat daripadaNya.

Bersama ibu tersayang... dia kakakku

Bakal ibu mentua (agaknya la) menyarungkan cincin pertunangan

Fendi, tunang Iffah (maaf tak tau nama), Anuar

ala2 puteri arab... lulusan mesir katakan..

manis...