Nufnang Ads

Thursday, May 20, 2010

Sedih

P.su Sihat, cuma kerja paksu skrg ni is coming to an end. Struggling...

sepotong ayat di atas menyebabkan aku berasa amat sedih. Ayat ini dipost melalui FB oleh adikku.. Kak bersimpati atas masalahmu dik! banyak-banyak bersabar. Harap masalah ini akan segera selesai. Kakak doakan.

Wednesday, May 19, 2010

Wednesday, May 12, 2010

KITCHEN GARDEN

Aku memang minat berkebun, terutamanya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian. Mungkin minatku ini diwarisi dari arwah bapaku, Awang Ahmad b. Lebai Teh. Pada masa aku masih kecil, kulihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran di sekeliling rumah seperti betik, cili, pisang dan pelbagai jenis sayuran. Mungkin keadaan pada masa itu, menyebabkan bapaku terpaksa menanam pelbagai tanaman untuk menampung kami sekeluarga yang serba daif. Semua tanamannya menjadi dan hidup dengan subur, tetapi aku berkebun sekadar hobi.
Malangnya, bapa telah tiada untuk menitipkan petua kepadaku bagaimana berkebun dengan cara yang betul, tapi ingatanku pada bapa tidak pernah padam. Alfatihah untuk arwah bapa, semoga Allah menempatkan bapaku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Labu dan kacang panjang

Cabai Melaka

Limau purut

Pandan


Daun kesom

Kacang Kelisa

Pegaga

Monday, May 10, 2010

Sayu..






Kelmarin, 10 Mei 2010 aku dan suami menghantar anak keduaku ke Matrikulasi Perlis. Setelah lima bulan berada di rumah, akhirnya telah sampai masanya angah menyambung pelajarannya. Sayu rasanya, kerana dia anak yang ceria, sangat menyayangi kakak serta adik-adiknya dan istimewanya dia pandai memasak. Dia suka mencuba pelbagai resepi yang diperoleh dari internet. Pendek kata, dia seorang anak yang disenangi saudara mara..




Seorang demi seorang anak-anakku pergi meninggalkan aku untuk menyambung pelajaran mereka. Apapun, aku sangat berbangga dengan pencapaian anak-anakku dalam pelajaran. Harapanku, agar mereka sentiasa mengekalkan pencapaian cemerlang mereka. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama...


Angah, belajar rajin-rajin, buktikan kemampuan angah...