Nufnang Ads

Tuesday, February 23, 2010

Monday, February 22, 2010

BTN dah berlalu

Alhamdulillah, kursus BTN telah berakhir dengan jayanya. Pelbagai pengetahuan dan kenangan dikutip sepanjang kursus. Semangat cintakan negara dan bangsa semakin membara.
Selain itu, kenangan yang paling berharga ialah dapat berkongsi pengalaman dengan penjawat awam dari pelbagai jabatan. Lazimnya, kursus hanya dihadiri oleh guru-guru sahaja dan topik bicara berkisar tentang pendidikan semata. Tetapi, BTN telah memberi peluang mengenali lebih rapat dengan doktor, jurutera, juruukur bahan dan juga peguam.
Terima kasih Dr. Sahari, Sya dan Hisham jurutera JKR, Azura jurutera pengairan dan saliran, Saifullah peguam Syarie kerana dapat berkongsi pengalaman. anda semua adalah kawan-kawan yang hebat! tidak dilupakan kawan-kawan sebidang, Wan dan Yana pensyarah matrikulasi, guru-guru, Jo, Ustaz, Azlina dan Norma. Kekadang saya rasa begitu kerdil berada dalam kalangan mereka. Namun, anda semua sangat sporting...
Tidak dilupakan, fasilitator yang penuh dedikasi, Tuan Abu Yazid, Pengurus PPK. Terima kasih semua!!

Wednesday, February 10, 2010

Plan Yang Tidak Menjadi...

Along, sorry....

Kelmarin mama dah suruh angah poskan kad harijadi dan hadiah untuk along. tapi... hadiah itu dikategorikan sebagai bahan larangan untuk dihantar melalui pos ke Australia.

Sebenarnya, plan mama, suruh angah pos kelmarin supaya ia sampai tepat pada hari lahir along 18 Feb ni.. Namun plan itu tidak menjadi, kerana hadiah yang mama anggap sgt istimewa itu tak boleh pos pulak..

Oleh itu, along jgn sedih kerana tak dapat hadiah , mama dah beli hadiah tu sejak Disember lagi. mama akan simpan sampai along balik... Sorry.

Tuesday, February 9, 2010

Setahun Sudah...

Hari ini genap setahun anak sulungku meninggalkan kami sekeluarga untuk melanjutkan pelajarannya di Australia. Rasanya masa begitu cepat berlalu, terasa bagai semalam baru kami menghantar dia ke lapangan terbang...
Namun begitu, kadang kala perasaan rindu begitu menebal seolah-olah sudah bertahun-tahun dia meninggalkan kami. Syukur, kecanggihan teknologi kini membolehkan kami sentiasa dapat berhubung sekaligus menatap wajahnya melalui skrin komputer. Kami dapat bersembang serta bergurau senda bagaikan dia berada bersama-sama kami....
Along, belajar rajin-rajin. Mama dan ayah sentiasa merindui along. Kami semua tidak sabar menunggu kepulangan along akhir tahun ini. Mama mendoakan along sentiasa dilindungiNya serta tabah menghadapi setiap dugaan di rantau orang. I love you so much!!!

Thursday, February 4, 2010

Kursus Biro Tata Negara

Setelah 21 tahun mengajar, akhirnya kena juga pergi kursus Biro Tata Negara.


Tarikh : 17 - 21 Februari 2010
Tempat : Kem PLATIH Naka
Padang Terap, Alor Setar
kedah Darul Aman.


Minggu lepas 14 orang guru SMKDJH telah menghadiri kursus ini. Ingatkan dah terlepas, tapi minggu ini surat dah sampai... Anyway harap kursus ini akan memberi manfaat. Yang tak seronoknya sbb kena pada waktu cuti tahun baru cina. Maknanya kami tak cuti la...

Tuesday, February 2, 2010

memo pagi ini

Semua AJK unit peperiksaan dapat memo pagi ni. Kena jumpa PK first period... Aku dah dapat agak apa yang nak disampaikan.. PK dah gelabah kerana ada pegawai JPN nak melawat sekolah next week.. Dia kena bentang result PMR dan strategi untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.. Actually, unit peperiksaan dah sediakan semua dokumen yang diperlukan. Apa lagi yang dia nak...