Nufnang Ads

Sunday, January 31, 2010

3 bulan tak update blog

Hari ni baru aku tersedar bhw dah tiga bulan tak update blog. Sibuk... tak la sibuk sangat tetapi keaadaan tidak mengizinkan walaupun aku punya kemudahan online boleh dikatakan sepanjang masa. Nak tulis blog mesti ada idea, ada isu dan mesti kreatif juga. Jika tidak, baik tak payah...
Apabila sekolah bermula, mula juga tugasku di bahagian unit peperiksaan selain tugas hakiki mengajar. Rasanya tugas ini lagi meletihkan berbanding mengajar. Aku kena siapkan headcount tingkatan 3. Nampak macam mudah, tapi ambil masa untuk menyiapkannya. Hampir dua minggu bersama Ustzah Anizar bertungkus lumus menyiapkannya. Akhirnya hari ini, kami dah edarkan kepada semua Ketua Panitia. Harap tidak ada kesilapan yang tidak sengaja kami lakukan. Kalau ada, alamatnya kena buat semula...