Nufnang Ads

Monday, November 16, 2009

Amir dah makin maju




Peperiksaan akhir Amir telah berlalu, keputusan penuh belum dapat. Amir dah makin maju. Dia telah mendapat hadiah peningkatan tertinggi dalam matematik. Mama bangga Amir!

Saturday, November 7, 2009

Akhirnya aku berjaya....









Majlis Graduasi kali ke 24 MRSM Beseri

Minggu lepas, tension sangat. 5-7 Nov kena kursus ICT di Penang. 6 & 7 pula adalah majlis sembahyang hajat dan graduasi anak keduaku di MRSM. Serba salah dibuatnya. Kursus ini sgt penting kerana melibatkan peralatan ICT di sekolah yg menjadi tanggungjawabku sebagai penyelaras ICT sekolah. Majlis graduasi juga amat bermakna bagiku kerana anakku telah berjaya mencapai tahap yg melayakkan beliau untuk graduate. Dimaklumkan ada kawan2nya tidak dapat 'grad' kerana tidak mencapai tahap yg sepatutnya. Jika aku tidak menghadiri majlis ini tentu anakku akan sedih dan kecewa kerana kebanyakan ibu bapa kawan2nya hadir walaupun jauh...

Telahanku tepat, setelah dimaklumkan kepada anakku tentang kursus yang perlu ku hadiri, dia menangis teresak2. Dia tetap mahu aku menghadiri majlis graduasi ini. Aku memujuknya, ayah dan adiknya akan hadir, tapi mungkin disbbkan stress kerana SPM yang akan menjelma menyebabkan dia tidak dapat menerima alasan itu... Mama jd serba salah angah...

5 Nov aku tetap ke Penang menghadiri kursus kerana ini juga tanggungjawabku yang perlu aku langsaikan. Sepanjang perjalanan, aku ligat memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan mslh ini. Kursus tidak terlepas, majlis graduasi pun dapat ku hadiri..

Alhamdulillah, tuhan telah memudahkan urusanku. Di sana aku berjumpa dengan urusetia dan menceritakan mslahku. Dengan senang hati dia memberi pelepasan kepadaku, namun begitu, aku tetap risau dengan kursus, takut ada perkara yg aku tak dpt catch up. Timbul pulak mslah lain dikemudian hari...Allah Maha Besar, tidak semena2 muncul juruteknik sekolahku. Aku tidak tahu bhw dia juga hadir pada kursus itu. Ha a.. inilah peluangku, aku tidak akan terlepas apa2. Juruteknik yang baik itu berjanji akan menyampaikan semua maklumat kursus yang terpaksa aku tinggalkan. Aku hanya sempat menghadiri 2 slots sahaja. Dia juga yg menghantarku ke Hotel Flamingo, Batu Feringghi untuk menumpang bas peserta kursus DATA yang akan pulang ke Perlis pada hari Jumaat. Terima kasih Dzakri... Tuhan saja yang dapat membalas jasamu...

Aku sampai di Perlis jam 4.30 ptg. 6.00 ptg ke MRSM untuk majlis sembahyang hajat dan mohon restu. Hari ini pula, aku dapat menghadiri majlis Graduasi anakku . Syukur, Allah memudahkan semua urusanku. Akhirnya aku berjaya...

Apa yang mama buat adalah demi anak mama...Angah. Harap anak mama gembira dan dapat mencapai kejayaan gemilang dalam SPM nanti...

Kepada anak2ku yang lain, mama sayang kamu semua. Mama dan ayah sanggup berbuat apa shja demi anak2ku sayang. Hanya satu yang mama pinta, belajar rajin2 dan jadilah orang yang berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara.. .
Malam Sembahyang Hajat dan Mohon Restu MRSM